Monday, November 24, 2008

K


Entry ini tiada adanya berkenaan dengan entry yang sebelum ini. Hanya kerana aku susah untuk mengetuk huruf K ini di sini. Kenapa? Sebab punatnya sudah hilang. Aku gagahkan jua mengetuk guna jari hantu aku. Hilang sekejap macho skil menaip aku yang 30 patah perkataan seminit ini. Ini hasil usaha chatting juga rasanya...hehehe...tidak juga...aku sememangnya diberi anugerah sebegini rupa. Itu hanyalah alasan.

Entry ini tiada adanya berkenaan dengan entry yang sebelum ini. Hanya kerana aku rasa semacam aku sudah masuk ke HBPC. Gaya semacam kelab hiburan kan? Unggul. Nama panjangnya amat sedikit memberikan mimpi ngeri buat rakan-rakan lain. High Blood Preassure Club. Semalam, kelmarin dulu aku ada berjumpa dengan Muluk. Seorang kenalan lama yang mempunyai hobi terkini seperti Golf dek kerana tuntutan kerja. Beliau menasihatkan aku "nua..makan jaga sikit". Aku kadang langsung tidak sensitif dengan gurauan berikut. Aku perasan yang aku sememangnya semenjak dua ini tidak aktif dalam sukan. Futsal jauh melangit. Tenis dah berbulan ditinggalkan. Golf dah lupa macamana nak swing (mati aku Pak Busu tahu).

Kekadang, sinis je aku menjawab. "Aku tak kisah sangat. Jaga tu memanglah jaga. Tapi seluruh isi rumah yang aku tinggal, ada penyakit tersebut. Seluruh tali darah aku punya penyakit tersebut."

Semenjak dua ini, aku sering sakit kepala. Teringin juga hendak membuat log pengambilan makanan seharian. Ingin sekali memantau keadaan sendiri dan punca sakit kepala. Namun sepanjang sakit kepala, apabila aku periksa tekanan...tidaklah tinggi. Normal. Rasanya. Tidak lagi mencecah 138/83. Belum.

Anip juga memberikan keraguan. Boss juga sangsi selepas kenyataan Anip seperti berikut : "Kau sakit kepala selepas makan ya? Kau mesti kena darah tinggu tu".

Aku selalu menidakkan.

Minggu lepas aku rasa langsung tak produktif.

Bahkan ditimpa bencana walau ada berita seara baik.

1. Temuduga Network Admin
1.2 Cermin depan kereta pecah
2. Temuduga Event Coordinator selepas dinaik pangkat dari Production Assistant
3. Album belum lagi siap
4.PC dilanda Win32
5.pdf tidak boleh di buka
6. Laptop juga dilanda Win32
7.UBUNTU sedia untuk di aktifkan (kagum.jakun.gerun)
8.Tidak dapat bertemu Zahar
9.Duit menyusut tahap terlampau
10.Terlepas trip ke Bukit Tinggi selepas balik dari LCCT

Cukuplah.Kecoh saja. Farid, esok kita berkhemah di pejabat Rashid.

Ayuh.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Twitter Updates

Twitter / anuarsalleh