Friday, December 5, 2008

GILA


Jam lebih kurang 10:36am . Tempat letak kereta PENUH! Pemandangan yang sperti yang dijangkakan.Imiginasi mungkin membantu untuk bayangan kawasan sekitar yg dipenuhi dengan kenderaan di kiri dan kanan jalan. Aku parking siap dua round. Masuk...keluar..masuk balik...Oh,mula aku datang pakai skuter Anip dengan tanpa topi keledar dengan Fatih dan Imad. Tengok kiri kanan dah penuh dengan kereta dengan motor.Pergh...dahsyat. Tanya guard, dia kata tempat letak motor, di belah tepi, menghadap Flat Menara. Boleh la kat lampu isyarat..ada "kuda putih". Aik? Menganas la depa lepas ni...tak boleh jadi...balik dulu, bawak kereta lain, pergi Setiawangsa setelkan kerja. Masa tengah print gambar kat kedai Kak Ra, DBKL pulak!? Pergh..betul depa ni menganas...rasa dah macam duduk kawasan PJ pulak...
Landskap depan AEON AU2 (Jusco AU2/Jusco Keramat). Sejak kebelakangan ini, Jusco sudah meninggalkan nama Jaya di depan Jusconya. Tak la nampak macam kedai mamak sangat kan. Rakyat Malaysia sudah menerima Jusco sebagai tempat membeli belah yang terkenal. Jadi, Jaya sudah tidak diperlukan kerana doa Jaya telah termakbul. Jusco telah membuka cawangannya dengan drastik pada tahun ini dengan Jayanya. Sekarang Jusco ingin dikenali sebagai AEON. Macam AEON card. Setelah ramai pemegang kad kreditnya gagal melunaskan hutang, nampaknya nama AEON sungguh berkesan terhadap pemasaran melalui kad kredit. Tahniah AEON!
Macam tak sangka kawasan Keramat akan ada tempat santai seperti ini...bak kata Anip; "Jaki kitaorg ni..xpe, nnt kan kepulangan aeil yg tak pki dipers". Maka secara tidak rasminya, AEON akan jadi tempat "kami" santai apabila sampai detik Encik Aeil meroyan dan seadanya. Dalam benak aku, bayangkan...pasar yang DBKL bina dah bertahun² dengan nilai yang lebih kurang AEON, bolehlah si AEON ni siap dan diduduki dahulu..hhmm...
Okay. Aku datang sini dengan satu tujuan. Meng-urshya tempat makan. Setelah menerima flyers besar dari pihak Jusco yang dilengkapi dengan pelan lantai yang "dipenuhi" dengan peta kedai makan...maka inilah pemandangan dari luar depan. Sebelah menyebelah, bergandingan bahu Subway dengan Starbucks! Wah²...satu buat darah tinggi naik , sebelah lagi menjaga kesihatan dengan makanan segar. Huhuhu..sah. Separa lagi bukti tempat santai rasmi aku menghabiskan duit untuk makan. Sebelah Sturbucks, ada Big Apple. Aku tak meroyan sangat makanan ni. Tepung berlubang naik yang lembut dipenuhi gula. Tak berkhasiat!
Masuk sahaja ruang utama Jusco ni, sebelah kiri anda adalah tempat makan lagi. ARENA. Lapangan makan (food court) rasmi Jusco. Gerai nombor 1 tu ada sizzling mee. Aku nak tengok, dia boleh lawan Alpha Angle punya tak. Gambar ni aku ambil dari tangga bersebelahan untuk naik ke aras atas. Terus lagi...
Kawasan permainan untuk anak²! Berkesan sungguh. Mak pergi beli barang, bapak dok makan aiskrim sambil konon² jaga anak.
Terus lagi di aras atas...satu ruang yang agak luas berbumbung kaca, sebelah kiri. Ini "highlight" hiburan Jusco AU2 ni. Karaoke Box! Separa rasmi lagi akan dipenuhi dengan anak bawah umur disamping mat rempit dan angkatan bohsia bohjan Lembah Kelang berkumpul. Sebenarnya aku mengharapkan GSC ;p hehehe...

Turun balik...ini aku simpan buat sedapkan hati..WENDY's. Aku mengidam gila makanan Amerika ni (aduh..apasal la makanan Amerika yang aku suka?)Tapi hari ini aku tak mengidam macam kelmarin hari Isnin. Bersebelahan dengan Kenny Roger's. Oklah, disini ada Kenny, disana ada Nando's.
Pusing je depan, ada tempat makan yang Azzam mengidam sangat. Makan sushi atas "conveyer belt". Ini majikan lama aku. Sushi King! Irashaimase....Pada aku AEON AU2 ni satu je. Dia direka untuk orang macam aku. Makan adalah segalanya (tapi itu bukan cogankata aku,saja je buat jadi lebih² agar menarik). Tapi aku tetap pelik, pemilik tidak mahu buat ruang parkir yang bertingkat. Namun itulah realiti. Kawasan Keramat, Setiawangsa, Wangsa Maju dan Ukay perdana mahupun Bukit Antarabangsa, penduduknya melebihi 300,000 orang penduduk. Percaya tak? Aku terdetik. Inilah yang Rasulullah lakukan. Berniaga. Rezeki itu 9/10 datang dari berniaga. Jangan takut dengan keruntuhan ekonomi. Insyallah...jika kita bersama Allah, Dia kan membantu...Kepada kawan² aku yang berniaga...Selamat Maju Jaya (Jusco)! (^_@)

4 comments:

Anonymous said...

perghhh... leh jadi journalist nie...

blum apa2 dah upload dah story... wakakakka...
maju keramat skang... ada jusco tu...

lea hassan said...

maju nye jusco au2..
ade subway
ade big apple
ade starbuck
ade sushi king
ade wendy's
cinema tade ke bro?
jeles2....

anuarsalleh said...

Ekekeke...Bun! siyot je ko kan? tau² je aku hapdet. Aku dok ursya tempat makang je...kan Lea? mehla lepak wendy's..pastu cuci mulut cendowl ;p ekekeke...

miza wahit said...

mahu ajk abg bwk sane la cani.heheh

Related Posts with Thumbnails

Twitter Updates

Twitter / anuarsalleh