Thursday, January 29, 2009

TIKA

SUPPORT OUR LOCAL ACTS!

Tika dan waktu ini aku tengah menyental blog ni guna G4 yang aku sangat hangen. Dah dua hari aku leapk sini, leh menatang ni dok lepak port bayek punyer kat hall ni tepi meja yang sume org wat tak tau je kewujudan dia, CIS. Aku sungguh jaki dengan Pejal, Abun diam!

Sejak semalam total peniduran aku hanya sejam ayam2 dalam kereta tadi tengahari. Projek rahsia aku pada peringkat tingtong 90%. Menjadi pencacai kepada diri sendiri amat menyeronokan, malah ianya mencabar tahap 0.008 saat saat Gaban bertukar pakaian Polis beliau. Dari pencacai angkat barang, pencacai pengecat, pencacai wireman, pencacai designer, pencacai interior designer, pencacai segala alam semesta adalah aku jua adanya. PHEW~

CNY aku batuk, flu dan mencret sebu2 dan seadanya. Sibuk gila sampai kempunan nak join Ramli Sarip kat Kunang-Kunang. aku dah tak pedulik. Asal kerja aku siap, tiptop, terbayek, chagre sedara mara di tepi kampung. [ok,aku dah tersumpah makcik rojak petis,Yus,diam]. HP separa berfungsi. Tidur tak menentu. aku mula lah,bila penat gila, dah takleh tidor. Pelik jugak kadang2 dengan diri sendiri kadang2.

Dalam 4-5 hari ni aku dapat rasakan nikmat tidur, nikmat rehat, nikmat sihat, nikmat dunia. SEMUA aku tak dapat menikmatinya dengan jaya. tak keciwa, malah aku bangga sebab aku rasa aku masih boleh mendesak diri aku kepada tahap yang aku rasa tak pernah aku capai sebelum ini. Bak kata pepatah, "kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya". Tapi aku mampos tak pernah pecah ruyung dan kenal pokok sagu. Dalam peti television pernah lah tengok.

Namun rasa kepuasan bilamana kita rasakan selepas apa yang kita buat sendiri dengan tangan kita, hasilnya amat manis. Tak dapat dibayangkan. Dia macam lepas buat Projek Geografi Tingkatan Tiga dan dapat A. padahal buat 2hari tanpa tidur! Hahahaha! Gerek.

Apabila kita diberi tanggungjawab, maknanya orang yang mempercayai kita itu sememangnya tahu kemampuan kita. Maka bila ianya dilakukan dengan penuh ikhlas dan hati suci, InsyAllah hasilnya lumayan. Kita berpuas hati, orang pun lebih berpuas hati. Ya, sekali lagi aku ni perfectionist. Tapi pada kali ini, aku belajar untuk tidak menjadi sempurna. Sempurna juga adalah dugaan dan cabaran yang allah beri pada kita. Bila kita belajar untuk menjadi sebaliknya, kita akan tau bahawa kesempurnaan itulah kelemahan kita. Musuh sebenar kita. Mashyallah...Sesungguhnya Allah itu Maha Adil kan?

Bak kata Yus "terluah lah segala rasa di dalam hati kita kan bila kau menulis..luahkan..sampai TV ni pun lu tak layan..." [ini iklan bila Yus keluar dari dengar mixing dia tgh dalam proses.GEREK.SUMPAH Kak Senah!]

Siyot la ko Yus, ko ni wat pecah lobang ar...ni aku saja je buat spoiler. DMENC tengah buat single terbaru. Nyaris2 aku sodok suara katak dalam lagu tu. Aku failed audition! Hahaha...siyot. saje je soh aku nyanyi pas 10tahun aku menyepi dalam arena ini. Hahaha..poyo makcik kiah sebelah rumah pak deris hendbrek! gambar yang kat atas tu, sapa rembat, aku report polis. COPYRIGHT 2009 tu. Nanti aku upload versi lain kat Flickr. Gila kentang golek di tanah perkuburan lah! see..aku dah terkena balik sumpahan beliau.

Aku cerita sikit. Beliau yang menghiasi nukilan tika ini adalah mempunyai suara lunak burung merpati airlines indonesia. Dulu rambut beliau amatlah greng dan saiz beliau hanya suku daripada separuh realiti sebenar sekarang. Cukup. Aku rasa dah kena break. Nak transfer gambo kat MAC sumpahan ni dan nak pergi pudu ambil Kepool peminat Hujan dari Johor. Ada peluang perniagaan baik katanya. Alhamdulillah..rezeki anak2. Oh, AB call aku tadi...nak lansung katanya! PHEW~ mulalah soalan allergy bertalu menjelma kembali...adeh.

p/s: LEA.Thanks for sms ;)

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Twitter Updates

Twitter / anuarsalleh