Friday, February 6, 2009

SUPER

Diambil di lampu isyarat persimpangan sekitar kawasan Paka, Terengganu semasa lampu merah. Nmapak sangat aku kemaruk kan?

Aku ada satu kebiasaan. Bila motosikal yang tersebut di atas lalu di sebelah, dari hadapan, dan yang paling menjengkilkan ialah bila aku sedang memandu, nampak ianya dari belakang dan ingin melintasi aku dalam beberapa saat; aku akan buka tingkap agar deruman beliau masuk ke dalam gegendang telinga aku. [ia juga termasuk mana² easy rider bukan buatan tempatan ;kecuali custom made dan Harley semestinya!] FUH! "Stim syiot", bak kata remaja zaman sekarang.

Walau bagaimanapun, aku amat jahil akan model² motosikal berkuasa tinggi tersebut. Ianya mungkin dari jenama Jepun, iaitu Yamaha. Ya..saya jahil. Walaupun sudah ada klu dari tonggekan bontot beliau. Yang pasti, topi keledar beliau adalah Nolan X-602 / 601. Itupun aku browse internet. Hehehe...dapat sentuh pun kira bagus. Harga topi keledar Nolan x-602 kalau di Singapura adalah dalam sekitar SD$700.oo. Jikalau digandakan kepada dua, jadilah ia sejumlah RM1400.oo. Senang sahaja kiraan Tadika aku. Pendek kata, mahu beli topi keledar sahaja sudah gaji sebulan. Makanya, membeli motosikal tersebut? Adalah gaji setahun? Aku hanya malas mengira :)

Pada aku, ini semua adalah lebihnya kepada nafsu. Yang kecil mahunya besar. Yang perlahan mahunya laju. Yang lambat mahunya cepat. Yang buruk mahunya cantik. Begitulah manusia dalam dunia ni. Kita tersepit bilamana kita berada di suatu tahap dalam hidup kita. Mungkin masa kita susah, kita akan mengata si dia dan si dia. Munkin juga kita adalah pusat pengeluaran kata² hikmah dan motivasi. Bilamana kita agak senang, mungkin ia akan jadi terbalik. Kata² hikmah adalah kata² wang ringgit. Motivasi wang. Mana dulu yang dikata motivasi akhirat? Terfana mungkin.

Aku selalu sahaja merungut senda [merungut main²] dengan keluarga. Kalau dipesan beli Strepsil di Kedai Mesra berhampiran, balik² akan ku kata "kalau orang miskin, mesti nak beli Strepsil ni tak mampu". Ditakdirkan aku miskin, lebih rela aku beli susu buat anak atau membeli makanan tengahari dari hanya untuk beberapa biji Strepsil. Menyentuh membeli makanan tengahari, aku teringat sketsa tempoh hari. Aku dengan pakaian pencacai [nota kaki pada baju yang bercat oren tercalit besar disana sini dan seluar suku lipat, koyak dan lusuh] ke Medan Selera Setiawangsa yang berhadapan dengan Sekolah Rendah. Selamba katak aku menempah dua nasi kosong, satu kapisiti lebih. Diambil sambal belacan berkontena bekas boleh Microwave bulat kecil, dicampur air asam. Lalu memilih jantung pisang sedarhana besar. Semuanya RM4.oo! Ya Allah...masa itu aku terfana. Sambil mengomel separa kuat "banyak ni je pat ringgit? mahalnya". Pembantu kedai tersebut hanya tersenyum sinis. Aku bertanya untuk kepastian "nasik berapa?". "Nasik seringgit, dua, dua ringgit." "Sambal belacan seringgit". "Jantung pisang, seringgit", jawab beliau panjang lebar. Mungkin beliau fikir aku ini pencacai sepenuh masa. Mahu tak mahu, aku sememangnya tiada duit pada masa itu.

Tazkirah hidup sememangnya amat terkesan kepada jiwa.

Namun aku masih impikan R1 atau mana² motosikal bogel [naked bike].

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Twitter Updates

Twitter / anuarsalleh