Sunday, August 2, 2009

#twitterbackground

Bismillah...


Pertamanya aku menyambut Sya'ban daripada Ogos. Sya'ban memberi syafaat dan peluang² percuma memantaskan perjalanan ke syurga hakiki. Kadangkala bulan selepasnya kelihatan seperti persona non grata. Kenapa? Tidak ada perlepasan merokok barangkali. Ogos sekali lagi membawa berita bahawa Malaysia tercinta akan meraikan Hari Kemerdekaan yang ke berapa? Sekejap ye, Google dulu..hmm...hmm..ke nyanyi dan capai kalkulator cepat sikit? "..tanggal 21, bulan Ogos, 57..." YA! Hari Kemerdekaan yang ke-52! Eh..betul ke website ni? Atau aku yang Matematik SPM 7 ni salah tekan kalkulator??


Oh, ya...kelihatan hebat bukan background twitter saya? Dah lama sebenarnya aku nak tukar. Tengok MoedLatif punya background twitter dia, punyalah dahsyat..vektor sana sini. Tapi aku ni rajin habis (ayat negatif ya) nak memvektorkan diri sementelahan banyak lagi kerja-kerja yang perlu dibuat. Godeh punya gelek, gelek punya godeh, maka jadilah seperti yang dinyatakan diatas. Untuk makluman, ia adalah background Twitter yang berdasarkan dimensi monitor 1024 x 768 pixels. Jika anda mendapati background Twitter saya agak pelik dek kerana setting monitor yang kecil, maka saya akan edit untuk kesejahteraan bersama dan kedamaian sejagat!

Menurut gambarajah seperti di atas, kulit aku nampak jelas kelihatan biru seperti burung-burung Twitter di lapangan cyber bukan? Barulah nampak sedondon dengan tema Twitter sendiri. Namun, tidaklah aku mampu terbang bebas seperti mereka. Maka, cukuplah sahaja saya beraksi sedemikian rupa menandakan aku jua bisa terbang? Hehehe...aku tergelak sendiri tadi. Alhamdulillah, aku ini kadangkala mampu menyuntik perasaan humor dalam design aku. Cakaplah aku syok sendiri, tapi ia adalah kepuasan. Aaaahhhhhh....

Sejak kebelakangan ni, posting aku di blog amatlah perlahan dan berjarak. Sangat. Aku lebih selesa meng-tweet-kan diri kerana ianya lebih "ringan" dengan penggunaan TwitterFox yang diselitkan di celah browser Firefox aku di belah bawah kanan bucu browser. nak tengok siapa balas pun senang melalui tab "mention". Kecil-kecil cili api kata iklan Downy.

Sejak dua menjak ini juga aku berkeyakinan untuk menggunakan Twitter sebagai micro blog aku. Selain itu, aku juga sengaja meng-syncronize-kan bersama status aku di Facebook. Aku juga senang membalas @nama kawan-kawan di sana dan berjinak-jinak menggunakan #hashtag. Ianya semua amat teknikal bagi saya. Ia juga kadangkala menjadi trend yang samar-samar buat pengguna Twitter di Malaysia.

Baiklah, jika anda pengguna Twitter yang tegar, mesti anda perasan dengan hashtag #IndonesiaUnite dan variasi penggunaan dan anak beranak beliau di sana. Maaf jika aku nampak negatif. Tapi aku pelik kenapa ada sebilangan yang ingin meniru-niru dengan menggunakan #MalaysiaMerdeka dan ingin menjadikan ianya trend pada Twitter. Pada hemah saya, saya ingin sekali menggunakan perkataan penjajah, "nonsence". Begitu juga pada isu yang saya ingin berkongsi disini (saja jadikan isu bila dah tak ada isu.itu politik namanya bukan?) adalah Twibbon.

Cuba cari penjenayah Twibbon!

Ini adalah Twibbon milik rakyat Malaysia. Saya baru sahaja jumpa hari ini. Selama ini saya banyak terserempak semasa berlegar di arena hashtag sahaja, dimana ramai Twitter dari Indonesia menggunakan bendera mereka pada avatar Twitter. Nampak sempoi-sempoi sahaja. mungkin ia adalah mudah dibuat kerana ianya hanya menggunakan dua warna. Sokongan mereka juga adalah menjangkau 14,000 pengguna seluruh dunia! Aku sedikit malu untuk menyatakan Twibbon Malaysia ini berapa sokongan pengguna kita. Aku berikan pendapat mudah. Ia adalah teruk dan tidak praktikal. Marahlah aku jika aku buta design. Tapi walau aku pernah dapat keputusan A dalam subjek rekabentuk, typografi dan pengiklanan, aku juga punya kelemahan. Aku sokong 100% meletakan bendera pada avatar. Namun, usah di-emboss-kan dan ditambah bayang-bayang. Ia nampak kelam. Sudahlah Jalur Gemilang itu apabila diskala kecilkan, ianya akan terlihat seperti "cramp" dan sempit. Jadi...aku buat sendiri.

YA! Syok sendiri! ;)

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Twitter Updates

Twitter / anuarsalleh