Wednesday, November 11, 2009

Icon Town RIP


Hari ini, hari reminiscence aku. Ini adalah salah satu dari "projek" (boleh klik pada gambo) terawal yang pernah aku sertai masa zaman anak sekolahan dahulu kala. Icon Town adalah website projek pixel art yang paling gerek pernah aku teroka sejak zaman 1515 dan hand held scanner.

Dalam projek ini, aku ramai kenalan dari serata dunia dan segala macam latar belakang yang berbeza. Namun di atas nama minat dan kerjaya, manusia² ini bertemu dia projek ini. Mulanya, aku berjinak² crack Windows 95 dan bermain² dengan icon design untuk menukar icon default Windows kepada icon sendiri. Daripada curi icon dari game, baik buat sendiri kan?

Rasa menyesal tahap cipan bila aku masuk baru² ini (dua tiga bulan jugak la baru pun), dia dah RIP rupanya...apasal aku rasa macam baru semalam je aku tengok "tapak" aku.

Aku berbangga kerana aku berada dalam Icon Town dalam "Fasa Pertama". Maknanya, petak icon "rumah" aku berada pada page YANG PALING PERTAMA Icon Town pernah ada. Setelah zaman berlalu, ada banyak fasa yang naik dan aku pun tak ingat berapa fasa...rasanya sampai Fasa H atau Y kot? :D macam kat gambo ni..tapi dia capture screen kecik kenot sangat...jadi, dapatla anda mendapat bayangan ya bagaimana keadaan Icon Town itu...


Sekian, Terima Kasih.
anuarsalleh

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Twitter Updates

Twitter / anuarsalleh