Friday, January 8, 2010

BERAHI

YA. Saya sememangnya sangat berahi dengan perkara ini. Seperti yang kelihatan pada gambar atas, ia adalah mesin letterpress ataupun mesin cetak tekan-tekan seperti typewriter. Cuma ia besar. Saya bukan pandai dalam hal seni ini, dan saya hanya memandai-mandai sahaja. Walau apa pun ianya, alat ini amat memberangsangkan. Jika saya dapat satu seperti ini, sahih tiada ruang lagi di rumah selepas mesin ais krim terbengkalai dari Negara Siam itu. Jikalau saya dapat sebiji mesin atau alat seperti itu, sumpah saya akan lepak-lepak di sini dan akan ramailah fan saya nanti. Lebih daripada 14. Mungkin.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Twitter Updates

Twitter / anuarsalleh