Friday, January 29, 2010

IRONI JUMAAT


IRONI JUMAAT, originally uploaded by anuarsalleh.

Hari ini ialah hari Jumaat. Aku sering teringat lawak jenaka dari rakan-rakan tentang hari Jumaat yang sering dikaitkan dengan lawak Solat Jumaat dan perkara yang berkisar tentangnya. Satu cerita yang tak lekang di minda aku ialah tentang buah pisang. Biasanya Buah pisang selalunya disedekah kepada masjid untuk dimakan oleh jemaah sebelum atau selepas solat. Cerita yang aku ingin kongsikan ini adalah disampaikan oleh rakan aku yang aku lupa siapakah beliau, dan aku kategorikan ianya sebagai fiksyen kerana aku ragu akan ketulenanya.

Begini ceritanya secara ringkas; waktu hampir Zohor dan jemaah mula membanjiri masjid. Kelihatan seorang pemuda menghampiri kawasan masjid dengan motosikal beliau. Di bakulnya ada setandan pisang yang kuning warnanya. Beliau meletakan pisang di atas meja yang tersedia biasanya untuk diletakan makanan sedekah. Lalu ingin berlalu dari kawasan masjid. Tiba-tiba...seorang pakcik menjerit dari dalam dan membuatkan situasi itu menjadi perhatian ramai jemaah "Woi! Kau ingat kitaorang ni monyet ke? Lepas bagi pisang, ko blah camtu je??!! Dahla masuk masjid pakai suar pendek! Tak semayang ke bang??!!!".

Ironi bukan?

Hari ini, aku terpanggil untuk mencoret sesuatu di sini. Kebetulan aku solat Jumaat hari ini berhampiran dengan jalan. Maka mungkin kurang khyusuk solat aku apabila kenderaan lalu lalang. Masuk raka'at kedua, aku dikejutkan dengan bunyi deruman motosikal. Sekilas aku menjeling, seorang pemuda berseluar pendek memboncenga kanak-kanak perempuan berbaju sekolah agama.

Ironi bukan?

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Twitter Updates

Twitter / anuarsalleh