Saturday, May 15, 2010

STRONG

Hidup aku musikal. Boleh buat teater musikal atau drama musikal. Paling tidak, runut bunyi atau soundtrack.

Oleh kerana hidup aku terdorong ke arah bunyi-bunyian, korang boleh lah play video music kat bawah ni untuk dijadikan runut bunyi untuk posting ini.

(boleh tekan play sekarang.bergantung kepada kelajuan capaian internet anda ye...)

Dua tiga minggu ni, bak kata budak-budak zaman sekarang, I'm barely at home. Aku cuba untuk siapkan report Practical Training yang empat bulan dalam masa seminggu, tambah 24jam. Aku bertapa seminggu di "tempat persembunyian" aku. Berdekatan dengan lombong tinggal. Berada tinggi dari altitud biasa aku. Aku suka suasana sejuk sebegitu. Minus dengan isi perut dan keadaan seminggu itu, aku sebenarnya kaget. Dalam seminggu, aku migraine sehari suntuk. Bila berkait dengan "dateline", aku cepat gabra. Bak kata budak-budak zaman sekarang, "freak out"? Eh?

Apa pun, terima kasih kepada kawan aku yang punya bola tennis sebanyak ratusan jumlahnya dan pengguna "ubat ketiak" Old Spice 'Game Day' itu. Kawan sampai mati. Bergantung siapa yang mati dulu. Doakan aku PASS Practical Training dan aku cukup dana untuk tajaan separa-simulator idea gila aku itu untuk Project Paper. AMIN.

Gila. Ini adalah peluang terakhir untuk masa depan kau sendiri. Perasaannya berbaur dan tidak mudah untuk diceritakan disini. Mungkin contoh dibawah membantu?

Ada satu titik dalam hidup kita, akan datang perasaan sebegitu rupa. Bila kita semacam diberikan masa yang cukup suntuk untuk memikir perkara serius dan dalam masa yang sama, ia memerlukan pemikiran yang waras untuk menjawab perkara serius itu. Kita akan rasa seperti "it's like end of the world", ya..bak kata budak-budak sekarang.

Be strong.

Ceh, cakap sekarang boleh la kan? Masa tu, muka pun nak senyum cukup susah. Ya, cakap memang senang. Kenapa? Sebab orang yang bercakap itu kadangkala (kadangkala ya) pernah berada di dalam situasi sebegitu. Kaget. Kalau darah daging aku,depa akan mengeluarkan kenyataan tidak rasmi sebegini: "rasa nak terkencing, terberak pun ada". Ya, ia adalah benar. Pernah korang kena tahan roadblock dengan polis? Okay...FINE...dalam umur aku "remaja dewasa" ini, baru SEKALI ditahan. Itu pun sebab kenderaan dan muka masing-masing seperti penjenayah dikehendaki. Jadi, pernah ada rasa sebegitu rupa? Budak-budak You Tube cakap, "betcha".

Apa aku merepek ni?

Siapa suruh korang baca. Padan muka.

Tapi dalam keadaan sempit dan terdesak sebegini, seorang Muslim yang baik akan mencari Penciptanya. Walau apa pun masalah dan delima yang diharungi, wuduk dan sujud adalah ubat yang terbaik. Alhamdulillah... Jika anda berada di kalangan itu, InsyAllah dalam sanubari anda masih ada sirna Iman. Kenapa terus "anda"? Poyo.

Waimma sejahat mana dan se-stoned mana pun kawan yang aku ada, Alhamdulillah...sejuk hati aku bila sedikit sebanyak pengakuan "mencari TUHAN" itu terpacul dari bibir mereka-mereka. Sirna-sirna ini boleh digilap dan menjadi Matahari. OK, tipu. Tingkatan Iman itu sesungguhnya berbeza diantara kita. Tiada doa yang tidak baik untuk keluarga, kawan dan lawan kita. Lainlah kalau anda pengamal Ilmu Hitam atau pemuja nombor di kuburan Cina atau di pulau-pulau tempatan.

Lebih kurang 14 tahun lepas, aku pernah diugut sebegini; "esok pagi, saya taknak lagi tengok muka korang dua orang. Pegi balik dorm, kemas beg". Nama beliau Cikgu Fadhil. Aku dan kawan baik aku sejak dari Darjah 1 ini "dihukum" pada lebih kurang pukul 3 pagi, atas kesalahan bermain ping pong di Dewan Makan. Pertuduhan; memecah masuk dan tidak berada di Dorm masing-masing (ini belum dikira kantol tengok Billboard TOP 100). Pernambahan tahap kecuakan ialah, beliau mengenali secara dekat ibu bapa kami. Balik, terussssssssssssss Solat Hajat, tidur. OK, makan dulu pisang yang rembat kat kaunter tadi. Esok lepas makan tengahari, bayang Cikgu Fadhil pun tak ada. Confirm, terus Sujud Syukur. Hujung minggu, outing pegi HP main bowling.

(sekarang boleh mainkan video music kedua, dan sila baca dengan amat perlahan)

Aku sebenarnya terpanggil untuk membuat satira meruntun jiwa ini kerana aku dihujani cerita-cerita pilu, kesempitan hati dan hidup. Aku juga pernah merasai cebisan cerita-cerita itu. Kalau aku tipu, korang kena tipu. Tapi ini generic. SEO tak akan menipu. Lagikan aku yang bukan penipu. Aku cuma "tidak memberitahu". Sama? FINE. Aku penipu.

Frust nonggeng putus cinta, assignment tak siap, fail paper business math atau statistik, kopak dan masa depan kabur atau hidup anda tinggal empat bulan setengah.

Kencheng. Aku sebagai lelaki, aku juga menangis. Aku menangis kerana kehilangan. Aku menangis kerana terharu. Aku menangis kerana aku berhati batu. Lagu budak-budak tak sunat dari negara jiran itu tipu. Lelaki tidak boleh nangis. Apakah itu? Samseng Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati kena gertak pun macam nak mati menangis. Penipu. Walau hidup anda musikal, ada juga note dan bait yang tidak boleh diguna pakai. Semua orang akan terbuku hatinya bila mereka merasakan kesalahan itu miliknya.

Yang mana nak diluah dan nak ditelan? Sampai bila aku nak melupakannya? Aku dah takda duit lagi ni! Aku rasa macam nak mati. Aku dah penat menangis. Mampos kalau mak bapak aku tau. Ya Allah...apakah dosa aku hingga dugaan kau sebegini rupa?

Macam biasa dengar je kan?

Kalau hidup korang "biasa-biasa saja" mungkin tidak biasa dengar. Jikalau anda adalah kalangan "luarbiasa" mungkin anda alah kepada batuan hijau dari angkasa dan anda penulis blog kurang terkemuka atau akhbar online.

Kebarangkalian pertanyaan sebegini dari aku kepada kenalan adalah biasa; "sekarang umur kau dah berapa?". Tak masuk akal bila alasan umur. Pakcik aku ramai anak muridnya. Selalu beliau menasihati aku dengan cerita-cerita "urban legend-nya". Aku membelinya semua secara tunai. Aku perlukan "father figure". Aku perlukan guidance. Aku perlukan seseorang. Jangan berada dalam keadaan keseorangan. Jika anda punya keluarga, luahkan. Jika anda punya rakan, ceritakan. Jika anda punya teman sekatil, belajarlah untuk "bercakap". Ia membantu anda dalam masa-masa kepayahan. Tidak mudah juga untuk menjadi "pendengar". Jika anda lelaki, anda akan tiada punya perkataan yang sempurna apabila seorang perempuan menangis dan meminta simpati. Sweet talker seperti Hank Moody jua hilang jari dari menaip apabila berhadap dengan keadaan sebegitu.

Hear and listen is completely differ.

Jika anda perempuan, berkongsilah perasaan keperempuanan kepada lelaki. Mereka kurang pemerhatian. Mungkin.

BE STRONG.
(sila tepuk bahu sendiri...mungkin juga berguna sebanyak 0.56% dalam tempoh pemerkasaan hati. p/s: aku jua dibebani hutang lapuk dan masa depan kelam disamping menghitung hari sebelum genap umurku dalam golongan "pra-dewasa muda").







No comments:

Related Posts with Thumbnails

Twitter Updates

Twitter / anuarsalleh