“Yang selalu dibimbangkan oleh ibu bapa ialah sama ada anak-anak dapat membaca atau tidak, tetapi soal organ (mata) (untuk membaca) kita tidak pernah tekankan, sama ada ia dalam keadaan baik atau tidak. Di Amerika Syarikat dan
_______________________________________________________
RABUN jauh masalah yang sangat biasa di kalangan kanak-kanak sekolah. Selalunya masalah ini dikesan pada awal usia persekolahannya tetapi semakin serius pada usia remaja.Masalah penglihatan itu mudah dibetulkan dengan cermin mata dan selalunya stabil apabila usianya menjelang 20 tahun.
Dekan Fakulti Sains Kesihatan, Kolej Universiti Antarabangsa Teknologi Twintech, Prof Azrin E Ariffin, berkata penjagaan mata perlu dilakukan pada peringkat awal kerana bukan semua masalah mata boleh diselesaikan dengan memakai cermin.
Masalah penglihatan bukan hanya rabun jauh tetapi termasuklah kabur, penglihatan berganda dan penglihatan tidak selesa (seperti imej yang terherot dan penglihatan yang kadang kala berwarna).
Selain itu, ada antara masalah penglihatan sebenarnya simptom kepada penyakit lain seperti kencing manis, darah tinggi, endokrin dan masalah neurologi.
Bagi kanak-kanak secara umumnya, masalah penglihatan adalah rabun jauh. Secara perubatan rabun jauh disebut myopia. Ia menjelaskan mengenai kesukaran melihat objek yang jauh. Mereka yang rabun jauh, bola mata akan lebih panjang berbanding biasa dari hadapan ke belakang.
Pada peringkat usia terlalu awal dan belum bersekolah, anak-anak tidak tahu untuk memberitahu mengenai masalah penglihatannya.Apatah lagi ia berlaku terlalu awal, dia sudah biasa dengan penglihatan begitu dan menganggapnya normal. Justeru, ibu bapa harus peka dengan perlakuan anak. Misalnya dia sukar menentukan jarak antaranya dan objek.
Perlu diketahui, rabun jauh lebih kerap terjadi kepada anak-anak yang lahir dari pasangan yang rabun jauh juga.“Masalah rabun jauh diwarisi dari keluarga misalnya, ibu bapa yang rabun jauh. Tetapi bukan semua anak dari pasangan rabun jauh akan mengalami masalah ini,” katanya.
Kata Prof Azrin, pada peringkat usia persekolahan, memang kerap rabun jauh dikesan pada usia begini. Ia disebut ‘school myopia’.
Rabun jauh bukan sekadar masalah yang diwarisi secara genetik tetapi dipengaruhi juga dengan masalah persekitaran seperti menonton televisyen terlalu lama, membaca dalam keadaan gelap dan persekitaran yang sempit.
Seperti kepercayaan orang dahulu kala, mata untuk persekitaran yang luas tetapi kebanyakan kita membaca dalam ruang yang kecil. Justeru ia mengehadkan keupayaan mata melihat.
Bagi golongan dewasa, mereka yang berhadapan dengan rabun jauh adalah yang berusia 40 tahun ke atas.
Bagi mereka yang berusia pada lingkungan 20 ke 30 pula, ada sesetengahnya disebabkan penyakit. Gangguan penglihatan adalah simptom penyakit. Tetapi bukan semua masalah penglihatan pada usia itu dikaitkan dengan penyakit.
Langkah Pencegahan
Justeru rabun jauh selalunya diwarisi, agak sukar untuk mencegahnya secara keseluruhan. Tetapi ada beberapa langkah boleh meminimumkan.
Buat pemeriksaan mata awal (sebelum 7 tahun).
Jika dia tidak selesa untuk melihat televisyen dengan jarak jauh, dia mungkin sudah mengalami rabun jauh dan perlu diperiksa.
Peka pada rungutan misalnya dia tidak nampak apabila guru menulis di papan hitam
Penglihatan berkembar
Mengadu pening jika membaca terlalu lama
Selalunya kanak-kanak dengan masalah rabun jauh akan mengadu sakit kepala, sakit mata dan letih apabila
Lazimnya juga, kanak-kanak dengan rabun jauh mengadu sukar melihat objek yang jauh. Dia akan
Sebagai tambahan pastikan matanya diperiksa pada usia setahun, tiga tahun dan setiap dua tahun selepas itu terutama jika anda memiliki sejarah keluarga yang rabun jauh.
FAKTA
Rabun jauh masalah genetik yang boleh dikesan menjelang usia persekolahan.
Semakin serius menjelang usia akil baligh
Selalunya menjelang 20 tahun, masalah rabun jauh sudah ditangani. Tetapi jika rabun jauh makin serius, ia dikenali sebagai ‘myopia on set’ lewat.
Oleh Hafizah Iszahanid
No comments:
Post a Comment