Wednesday, July 30, 2008

CEDERA


Lebih sebulan kecederaan buku lali ni (tak termasuk kecederaan organ dalaman). Seperti yang tertara di atas, senario terjatuh dan dipapah, meletakan plastik ais ke buku lali (sebaik keluar dari ice ring) dan menunjukan "peace" di atas kerusi roda (terima kasih sunway!). Semuanya seperti pepatah "gambar bercakap kuat daripada kata²".

Seperti kecederaan sukan (cewah) yag lain, kecederaan buku lali adalah yang paling lali sekali..ekeke...maknanya kecederaan yang paling kerap berlaku kepada sesiapa yang aktif bersukan mahupun kaki bangku.

Namun begitu, langkah awal perlu dilakukan untuk mengelakan kecederaan tersebut tidak menjadi serius dan ianya dalam keadaan terkawal. Pastikan anda ingat bagaimana kecederaan berlaku dan pastikan bahagaian mana yang tercedera.

Jika berlaku kemalangan di tempat permainan awam, sila pastikan dahulu (terutama kanak-kanak) apa hak anda dalam keadaan kecemasan. KEBANYAKAN taman tema dan tempat permainan awam TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ke atas apa-apa kecederaan yang berlaku kepada pemegang tiket.

Pengetahuan perubatan kecemasan asas amatlah penting kepada kita sebanarnya. Ini lebih penting kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil, dimana mereka lebih terdedah kepada kecederaan semasa bermain dan lain-lain.

Berbalik kepada cerita dongeng urban sensai aku ni...

Rehat beberapa minit sebelum anda cuba untuk berjalan sendiri ke tempat yang selamat. Takpayah nak kawal ke-macho-an anda, kerana pemain bola EPL juga ramai yang memperoleh kecederaan sama seperti saya, dan tidak boleh berjalan sebaik selepas tercedera. Perkataan macho tiada dalam kamus perubatan (kot). Kalau ko tu patah, wat cara patah, takyah jadi hero nak bangun dan jalan sendiri...tu sume cerita Hollywood dan Bollywood...kurangkan menonton DVD dakyah dan propaganda tu semua.

Okay, sekarang tiba masanya untuk mempraktikan "method of treatment" (even menjajau call Doktor adalah langkah awal yang bijak).

Dalam kecederaan buku lali ni, kaedah RICE diadaptasikan. Dimana RICE adalah:

  • Rest
Untuk jangkamasa 24-48 jam pertama, kecederaan apa juapun dianggap dalam keadaan kritikal. Jika boleh, kurangkan pergerakan. Sekali lagi, tidak perlu berlagak macho...
  • Ice
Untuk 48 jam yang pertama, ice pack amatlah berguna untuk mengurangkan kebengkakan kepada tempat tercedera. Ice pack ni boleh je dibuat dengan apa cara pun...tapi kalau nak pakai ice tu kadang² tak praktikal sebab ais memang sifatnya mencair. Jadi anda boleh buat ice pack dari kacang pea atau jagung. Tak pun, beli substitute ice yg biasanya dalam bekas empat segi, airnya warna biru yang macam ni macam Rubbermaid Blue Ice Block Hard Pack: SILA KLIK.

Kalau rasa sejuk sangat ais tu, balut dengan kain ke...JANGAN letakan ais "direct" pada tempat tercedera lebih dari 20 minit! Ia bukan akan memulihkan, tapi akan merosakan lagi tisu atau frostbite!
  • Compression
Gunakan compression (tekanan) pada tempat yang tercedera dengan bandage. Jangan buat bondage. Bahaya.
Kalau anda menggunakan bandage ikat, pastikan ianya ada ruangan lega dimana ia tidak terlampau ketat sehingga menyebabkan darah susah untuk bergerak. Jika kaki anda terasa sejuk, biru atau istilahnya "falls asleep"...balut semula.
  • Elevate
Ini adalah teknik dimana anda letakan kaki lebih tinggi dari jantung anda. Baring, kalau diri susah! Lakukan ia sekerap mungkin. Yang paling sesuai semasa tidur, letakan la bantal kepe. bila bangun pagi, bangun slow² dan pelan² kayuh...

Untuk tahap kecederaan yang berbeza, adalah berbeza teknik pemulihannya. Legimen terkoyak dan kepatahan (fractured) tulang juga harus dilakukan teknik yang berbeza. Ia adalah penting untuk berjumpa doktor! Sekali lagi, jangan berlagak macho ;)

Apadia? Kenapa tak pakai air panas atau tuam?

Tuaman atau heat treatment biasanya di lakukan unuk kondisi kronik dan untuk me-relax-kan tisu dan untuk stimulate peraliran darah kepada tempat tertentu.

Jangan gunakan teknik tuaman selepas aktiviti, dan jangan gunakan tuaman selepas kecederaan serius (akut/acute). Memanaskan tisu atau tuaman boleh diguna pakai menggunakan bekas tuam dan gunakan tuala yg dicelur dengan air panas.

Banyak lagi kalau nak cerita pasal kecederaan dan habilitasi, ini belum lagi ditambah takuk dengan kaedah pisioterapi.

Oh, disebabkan kecederaan ni, banyak perkara yg tertangguh. Maaf kepada semua client yang lambat mendapat end-product dari saya.




Terima Kasih diucapkan kepada:
Ibu : sebab terus tanya² aku ok tak kat tepi ring depan cewek² sampai diaorang pun jadi malu.
Ngah: sebab tolong jadi photographer that day.
Rina: sebab teman jadi assistant tolak wheelchair.
Haly: sebab tolong paksu tengah² malam.


Tidak lupa:
Dr. Fauziah (Klinik Fauziah, Bt9 Cheras)
Dr. Nurkhaizan (Genealogy,Hospital Selayang)
Dr. Sobirah (Kecemasan, Hospital Selayang)
Assoc. Prof. Dr. Zainal Ariffin (Fakulti Perubatan, UMS)
Dr. Zainal Fitri (Pusat Kesihatan Putrajaya)

Anuar adalah seorang jurufoto yang gemuk dan tidak macho. Beliau juga adalah seorang mantan Sarjan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan pememegang Sijil Pertolongan Cemas sejak 10 tahun yang lalu. Beliau juga ingin meng-update sijil beliau kerana sudah terlupa bagaimana untuk melakukan Cardiopulmonary Resuscitation.

"Kesihatan adalah hak milik setiap insan"
anuarsalleh




No comments:

Related Posts with Thumbnails

Twitter Updates

Twitter / anuarsalleh