Tuesday, March 10, 2009

BULAN


Kelmarin.
Aku benci bulan terang.
Bukan benci pada bulan.

Dulu.
Punya hati dua jiwa.
Mulus rasa tak terungkap.

Masih.
Mengaduh memang biasa.
Tapi tak semua orang rasa.

Semalam.
Aku langut lagi ke atas.
Terang bulan hingga ke dada.

Malam.
Aku baring berbumbung langit.
Ada bayang pada bulan.

Pagi.
Dalam lena aku terbayang.
Titis sayu ada padanya.

Sekarang.
Walau kabur,ia jelas.
Aku tahu itu siapa.
Dia juga benci purnama.

09febuari09

3 comments:

nOllY dOllY said...

erkk??
matahari da...
bulan da...
bintang bila lg???

huhu...mana dpt inspiration ni?

anuarsalleh said...

NOLLY: Inspirasi diri ;)

Anonymous said...

erm...hahaha masih liagi ada rasa tidak percaya pada kebolehan terpendam yang you ada=)

Related Posts with Thumbnails

Twitter Updates

Twitter / anuarsalleh