Wednesday, March 11, 2009

SEGERA


(Gambar Hiasan)

Justify FullHarini (semalam) aku menjamu selera malam ala miskin-miskin kaya.

Mee segera!

Quantiti? Sebab kuantitilah dia menjadi miskin-miskin kaya.Angkanya ialah dua...iya, 2 adalah angka bertuah hari ini. Dua-dua jenama sama. Dua-dua sama harga. Dua-dua tak sama sedap. Aik, macam iklan minyak wangi pulak bunyinya.

Pertama sekali, aku cuba Mee Ketam Lada Hitam atau dalam bahasa penjajahnya ialah Black Paper Crab Noodles. Keputusan: HAMPA. Tak menendang langsung! Apakan lagi tendang terbang...oh, bahasa penjajahnya ialah flying kick.

Ada banyak paket kecil. Sekilas pandang, leceh. Itu pertama sekali perkataan dalam kepala bila mula membuka mee dalam cawan ni. Paket-paketnya ialah minyak (bukan minyak bijan rasanya),kicap (bukan kicap Tamin.SAHIH), jejari ketam bantut (sebab ia seakan jejari ketam biasa, tapi ia ketot, kecil, kenit, kemetot, kerdil, cenonit atau miniture. Rasa macam nak makan mee LEGO pun ada!), akhir sekali perencah (nampak warna seakan hitam dan kelabu).

Dah tutup semula penutup separa aluminiumnya, biarkan beberapa minit kesukaan hati anda. Kalau ingin mee tersebut menjadi Hulk, silalah biarkan selama 30 minit adanya. Berbalik semula pada hasilnya, rupa seperti mee kicap cair yang ada bau kicap dan lada hitam murahan. HAMPA buat kedua kali.

Oleh kerana makan hampir bersama setan (terlupa baca doa makan), tak habis lagi, ada suku, dah nak buat yang baru! Serakah sungguh rasanya.

Kedua kali. Dengan bangganya membikin Mee Kimchi. Maaf, kimchi adalah nama khas. Ia adalah sejenis sayur peram Korea. Biasanya sayur kobis menjadi pilihan kalbu rakyat negara mata sepet tersebut. Siapa rasa terpengaruh sinetron Korea, sila cuba rasa mee ini yang dalam bahasa Korea ialah Kimchi Ramen.

Terima Kasih Ya Allah kerana memberi aku punca rasa yang sempurna! Walau sedikit terbakar lidah dek ketidak sabaran cubaan pertama tadi. Mee kedua memberikan keputusan: TERBAIK!

Rasa Kimchi amat menggila setelah tersentuh sensor lidah aku. Perasaan dia macam makan Maggie Kari di Istambul. Dimana ketika kita terbayang rasa kari di tanah bukan tumpah darah kita. Dan anda merasakan berada di Malaysia. Begitulah Mee Kimchi tersebut. Walau tak pernah ke Korea, sedikit sebanyak terasa macam sejuk-sejuk beku Seol dan terasa ingin menyanyikan lagu Sonata Musim Salju sambil bermain piano.

Alhamdulillah. Kenyang miskin-kaya hari ini.
InsyAllah selepas makan 270 cawan mee tersebut, bolehlah aku berbahasa Korea agaknya.

Kemusnahan:
Super Cup Black Paper Crab = RM2.59
Super Cup Kimchi Ramen = RM2.59

Total Kemusnahan:
Subtotal = RM5.18
Pembetulan Bundar angkara kerajaan: RM5.20

Total Termusnah:
i) RM5.20
ii) Lidah terbakar
iii) Kekenyangan midi

Dan resit tadi berbunyi "Thank you for shopping at Giant". Sama-sama...tak sampai 50 langkah jaraknya! Ini adalah propaganda. Esok aku ukur lagi. Rasanya tak sampai 100 langkah pergi dan balik dari sini, ke rak makanan, terus ke kaunter, dan balik semula.

Hmm...bahaya.


4 comments:

Anonymous said...

Mmg bahaya makan mee segera neh...
Nama pon segera kan...
So segala²nya akan jadi segera...
Akan membuat kita segera masuk ke tandas berulang kali...
Dan segera itu juga termasuklah mim alip ta ya...
Phew~
Kenyataan oke...
;p

azyansyahirah said...

hahah! resepi baru ke hape ni.
macam indah khabar dari rupa je. hehe!

Anonymous said...

heheheh sedap wooooooo mee segera neh

anuarsalleh said...

MISS PJ: takdelah bahaya sangat ;p
AA: Resepi segera...biasalah
KNIZAM: Sedap abes!

Related Posts with Thumbnails

Twitter Updates

Twitter / anuarsalleh