Thursday, May 7, 2009

FACEBOOK

Sebelum aku tahu istilah "six degree" , "facebook", "friendster", "myspace", networking" dan kopitiam ini digunapakai secara ekstrim zaman ini, aku lebih tahu istilah "kawan", "rakan", "kenalan", "geng", dan ngeteh.

Aku pernah ada niat nak buat filem pendek pasal "hubungan" aku. Aku dah siap lakaran kasar atas kertas macamana aku jumpa "kenalan" aku. Ia adalah merumitkan dan agak payah. Sebab apa yang aku nak ceritakan disini kali ini adalah versi pendek dan malas.

Aku kembangkan cerita ini dengan penggunaan aplikasi internet yang pop-ular dan trend masa kini. Ia seakan memakai bedak Dashing dan minyak rambut Bond atau Tancho semasa zaman sekolah menengah dahulu; Facebook. Kalau siapa tak ada akaun Facebook tersebut, maka dengan rasminya beliau adalah buta IT secara automatik.

Seperti gambarajah comot dibawah, ia adalah yang paling mudah. Jadi aku buat rumusan sebelum gambarajah; Najib rakan paling lama disini, sejak darjah satu 1987 di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Rinting, Tampoi, Johor Bahru. Najib juga senior kepada Adi dan Fairuz.

Adi di sini mengenali Shai sebagai rakan serumah. Ghom sebagai rakan futsal. Dimana Ghom adalah rakan Hudha (tiada disini) dimana Hudha juga adalah rakan Anuar dan Najib di Sekolah Menengah Tasek Utara, Johor Bahru. Anuar tidak berfutsal. Beliau lebih kepada aktiviti makan.

Kemudian aku berkawan dengan Ab. Ab juga bertemu Fairuz di sekolah yang lain dimana Najib tidak bersekolah. Mereka berdua juga bekerja di dalam bidang sama dan mereka ada berjumpa.

Muncul Shai di tengah kesunyian. Beliau adalah junior Anip (abag aku) di SMKAS, Segamat. Shai juga adalah rakan serumah Adi. Shai mengenali Ghom dan mereka adalah rakan futsal. Shai juga kenal akan Fairuz melalui Adi dan aku sebab Fairuz belajar degree dengan aku. Anuar juga didapati masih tidak bermain futsal ketika itu.

Ini belum lagi cerita bahawa mak Najib bekerja di tempat yang sama dengan ibuku dan aku pernah syok dengan sepupu beliau semasa di Tadika Sungai Danga dahulu semasa beliau slim lah beb! Mak kami berdua juga mengenali mak Yau, dan Yau juga mengenali Shai dan Ghom....sampailah ke bapa Ab dimana akak aku juga mengenali bapa beliau. Ia juga boleh berjela apabila rakan serumah kami adalah pensyarah kami dan berkahwin dengan kawan kami di mana beliau adalah pelajar dia. Dan pabila dipusing lagi, tiba-tiba bini kawan-kawan kami berkawan semasa membuat Masters dan mereka juga bersenang susah di kala menjelang Musim Panas di Eropah.

Phew!
p/s: sumpah dulu aku tak tau pun Ghom boleh serumah dengan Adi. Oh, Abu dengan Kudi pun belum masuk sini, mereka adalah Batu Pahat-ers. Once aku pernah cerita Cikgu fahmi, Kudi cakap dia tak suka, beliau tak tahu Cikgu Fahmi High School Batu Pahat adalah pakcik aku ;p

4 comments:

Lee Lin said...

waaaa! apa kah sbb tak suka dgn cikgu fahmi? saya suka dia!! hehe.

adi said...

ini juga adalah salah satu contoh "hubungan" tanpa menggunakan alat2 peranti komputer@aplikasi sosial online,dimana aku kenal pak cik dia sebagai pengetua mase form 1 kt highskool BP..then 7tahun kemudian aku kenal plak dgn anak sedare dia (nuar) kt unitar JB..hehe nasib x kutuk lelebih pasal cekgu fahmi depan nuar..sekali dia punya pak cik daaa..;)

CATZ said...

salam,
found ur blog while blog walking.
tertarik dgn tajuk facebook ni..
saya tersenyum baca entry ni.
hiks..menarik.
ye..bila kawan2 tanya "ada FB?"..saya ckp takde derang mcm pelik..
now saya baru berjinak2 dgn facebook..
dan hasilnya dpt menjejak kawan2..berkait2..sampai pening..hahahah

Sasha Farina said...

masya Allah... such a small world :) SKPR ke? time Cikgu Ayub lagi? Cikgu Daud? :) saya senior awak dalam 3 tahun rasanya :)

Related Posts with Thumbnails

Twitter Updates

Twitter / anuarsalleh