
Namun sejak semalam, saya bertemu dengan Encik Nazley di tempat kerja buat pertama kali. Sebelum ini, kami hanya berinteraksi melalui forum, blog, twitter dan Facebook sahaja. Terima kasih kerana memberitahu saya kedatangan gladlyCast ini ke Malaysia. Beliau juga menyatakan bahawa sebelum ini, ada juga aplikasi lain yang digunakan untuk tweet melalui sms, namun ia juga telah tiada.
Di sini, aku ingin berkongsi tentang gladlyCast ni (padahal kerja tak buat² lagi) dengan siapa² yang nak baca. Apa itu gladlyCast? Ia adalah salah satu aplikasi (senang cerita) yang menyambungkan diri mereka dengan twitter, maka dengan kata lain, kita menggunakan aplikasi ini untuk update twitter. Ia datang dari gladlyCode yang menyatakan pengguna dari Singapura menggunakan aplikasi sms-ke-twitter ini dengan percuma (okay, ini mendatangkan perasaan hasad).

Pertama kali semam, aku hantar dengan ["Oscar likes skipping], dah try jugak dengan [Oscar likes skipping], tak jadi jugak. Aku dah sikit frust. Pagi tadi aku tengok twitter Encik @megat pasal gladlyCast ni, aku cuba sekali lagi (dah siap ngadu tu,takleh tak de pape jadik). Maka, Alhamdulillah berkat orang bersahur pagi tadi walaupun Subuh sedikit lambat di masjid, aku pun tekan la butang "I've send it" tu.

Sahlah, server diaorang dah terima sms aku. Maka, dengan hati yang terbuka, silalah "Confirm association" di situ. Maka itu, terpaculah muka seperti ditayangkan dibawah ini.


Oh, anda juga boleh menu-weet dari rangkaian lain! Ataupun dengan menggunakan telefon ibu bapa, rakan rapat, girlfriend, nenek (sebab tak pandai cek kredit), tanpa pengetahuan mereka...Astaga..bertaubatlah jika anda mempunyai niat sebegini!

1 comment:
Post a Comment