Monday, December 20, 2010

Abby Fana


Assalamualaikum, ada banyak benda yang aku nak tulis dalam blog aku ni. Tapi tak berkesempatan. Nantilah kalau ada rezeki, beli telefon berinternet. Gantikan telefon ber-lampu suluh-tahan-lasak-ini yang aku pakai ni.

Saya tak kisah ;)

Kelmarin aku bertemu rakan sekolah lama, Hadi Hashim di Pappercorn atas dasar lama tidak bertemu dan berbicara tentang dunia siber. Aku mempunyai habit "mencari" dan "bertanya" kepada Encik Google. Jadi, seperti gambar dibawah, inilah yang terjadi kelmarin.

Google : Abby Fana



Untuk makluman, aku ialah penulis di blog yang tertera di atas ini. Jadi, secara automatik, segala gambar adalah hak milik blog ini. NAMUN, aku ni jenis yang tak kisah sangat dengan public figure ni. Mereka ternyata milik masyarakat, termasuk Abby Fana. Detik di hati ini pada waktu itu "tak payahlah nak berpoyo watermark atau copyright segala" berkenaan dengan gambar yang aku ambil ini.

Aku bukanlah nak bergaduh, mengungkit atau memalukan akan kisah yang telah berlaku ini. Aku hanya ingin menegur. Maaf jika terlampau sinis dan terbuka. Secara terbuka, website spesis seperti itu bukan taste saya. Tetapi ia jelas menunjukan bahawa "kesalahan bodoh" seorang photographer (seperti saya) tidak dapat di elakan. Makanya, terjadilah insiden yang telah berlaku ini.



Sekali lagi dinyatakan disini, saya tak kisah. NAMUN, teguran dan nasihat saya kepada pemilik website www.izyan.com ini, silalah belajar untuk menghormati hak orang lain. Janganlah untuk mengejar ranking, traffic, SEO, bandwith dan populariti siber, dengan mudah "mengambil hak tanpa izin".

Jika izyan adalah seorang Muslim, belajarlah dari Non-Muslim (CONTOH) di ruang siber yang sering menggunakan gambar orang lain DAN "meminta izin" daripada cara melalui Creative Common. Bukan dari cara "gambar-gambar yang mudah didapati di internet".

Saya tak kisah ;)

Mudahnya membuat "disclaimer"!

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Twitter Updates

Twitter / anuarsalleh