Wednesday, December 1, 2010

TEKA TEKUK : RM5

Teka teki,Teka tekuk,
Ular mati,Dalam mangkuk..haa..apadia?

Ini semua teka teki budak tadika lah...ini adalah ruangan teka teki yang sengaja aku namakan teka tekuk, sebab dalam ruangan pertanyaan kemyuskilan En. Google, teka tekuk ada dalam 18,200 results! Akan tetapi, jika anda bertanya kepada beliau akan teka teki, ia akan berada dalam lingkungan 3,100,000 results!!! Wow..gila kan? Jadi, pada saya yang rabun SEO ini (apa itu SEO ek?)

Aku sebenarnya daripada kecil dah main teka teki ni dalam kereta dek kerana bosan sebab aku dengan abang aku asik begasak je dalam kereta. Hal ini terjadi sehinggalah aku sendiri yang kengantukan bawak kereta sorang², anak buah aku semua bantai bukan begasak..tapi bantai ngorok kat belakang. Mana boleh jadi...aku pun pantol (ngantok weh!) drive sorang²! Maka aku kejutlah dengan memaksa membuat lawak dan teka teki. Di antara teka teki yang paling menarik dan kelakar gila ialah teka teki RM5 ni.

Baiklah, sekarang sudah tiba masanya untuk soalan Teka Tekuk untuk edisi sulung ini. Kalau siapa tahu, jangan main ngelat eh? Kalau tahu jawapan dia, sila berikan jawapan dengan BUKTI BERGAMBAR! Soalannya:

Pada wang kertas RM5 terbaharu, sila tunjukan atau sila cari...seorang Power Rangers! CEPAT!


Achmad 20, sedang mencari solusi soalan ini suatu ketika dahulu.
Entry ini khas buat Achmad yang pernah di dedicate di SINI.

Selamat berjumpa lagi!
KOG nak jawab?

2 comments:

kucingorengemok said...

i takdok duit not 5 ringgit... kira disqualified ke?

anuarsalleh said...

KOG: kamon...

Related Posts with Thumbnails

Twitter Updates

Twitter / anuarsalleh