Thursday, July 18, 2013

LIFE IS REFLECTION: FOUND #4


FOUND.

Hampir setahun menyepi sejak posting terakhir. Agaknya terakhir kalinya juga aku ber”sosial” dengan masyarakat sekeliling dunia selain di rumah dan di tempat kerja. Namun, sejak setahun juga aku ada aktiviti lain di Putrajaya. Alhamdulillah, bukan senang nak maintain konsistensi.









DISTRACTION.

Aku rasa jauh di sudut hati aku masih ada sinar. Namun aku rasa sinar itu bukan lagi sinar ke-mengaruk-kan yang tidak tentu pasal. Rasuk jiwa muda sudah pudar. Aku jauh dari kedua-dua dunia kedua aku: 1. Dunia maya-lara 2. Fotografi. Aku masih shooting. Tapi tumpul. Kalau pisaulah, takat kelar kulit baby pun, buat gelak dia je. Aku masih menulis. Tapi aku menulis offline di belakang tiket-tiket flight Air Asia ataupun dalam buku jurnal oren yg menyembunyikan diri dari aku sekian lama. Kebanyaannya aku menulis di dalam hati. Kalau la pena hitam, mau hati aku dah jadi hitam. Hitam dengan coretan minda. Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom bercerita 4 hari lalu, dia banyak coretan dalam FB. Sedang di kompilasi. Menarik. Aku termotivasi. Tapi masih ada gangguan. Kalau mak aku pandai bukak blog ni, mesti dia tahu aku dah border-border diabetis. Aku bukanlah penggemar manisan. Mungkin. Mungkin aku ni manis orangnya. Hahaha..gampang bunyinya disitu. Letih juga bila kena Annual Leave bila dapat ceramah free dari akak misi KKM. Aku kena buat sesuatu. Gangguan hidup memaksa aku menjadi lebih positif dengan hidup. Cuba untuk menjadi positif di kalangan negetif bukan mudah. Kurang sedikit perasaan semasa 1987 dimana aku adalah antara dua manusia yang memakai seluar panjang dalam seluruh Darjah 1. Orang putih kata “alienated”? Err... apa kait mengait diabetis dengan alien? Okay. Aku ada menulis tengtang CTS http://anuarsalleh.blogspot.com/2008/06/cts.html  . Namun kita tak akan mudah memahami jiwa raga orang berlainan gender dan punya umur yang banyak. Mengharungi saat-saat getir bersama orang berlainan gender dan punya umur yang banyak adalah mencabar. Sangat. Dari kesihatan mental hingga fizikal sampaikan ke peringkat terminal ill banyak memberikan aku pengalaman hidup. Allahuakbar. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita. Aku rasa bab ini juga panjang. Aku wordless.

LIFE ACHIEVEMENT.

Gangguan memaksa aku berbuat sesuatu. Buat sesuatu untuk menghilangkan rasa negatif dalam diri. Buat sesuatu untuk memotivasi diri. Buat sesuatu untuk masa depan sendiri. Aku rasa bab ni paling komprehensif. Tapi aku tak larat nak menaip. Kena tunggu lagi setahun kot? Hahaha...  Tahun ini aku lebih sensi. Bukan seksi. Tapi mungkin seksi sedikit dalam sensi tersebut. Aku sensitif bila bab-bab sensitif. Eh? Tahun 2013 mungkin paling mencabar dalam 33 tahun hidup aku. Menyahut cabaran dan dicabar sahutan. Eh? Komitmen. Aku beli kereta baru. Hashtag. Kemain. Cabaran. Aku beli kasut baru. Mencabar. Aku beli kasut baru lagi satu. Okay, tipu. Bini aku belikan. Cabaran. Aku masuk Standart Charted marathon 2013. Mencabar. Aku masuk 10km. Cabaran. Aku naik Gunung Kinabalu. Mencabar. Training bulan puasa untuk 10km dan Kinabalu. Cabaran. Mencabar Anip register official run apa-apa selepas dia beli kasut baru kali ke-2 tahun ini. Aku beli ada alasan ok? ASICS aku dah kopak. PUMA aku asik tetanggal. Cabaran. Yang ini aku selalu kalah. Khatam Quran. Allahuakbar. Aku nk p Zohor. Kbai.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

Twitter Updates

Twitter / anuarsalleh