Showing posts with label darah tinggi. Show all posts
Showing posts with label darah tinggi. Show all posts

Monday, November 24, 2008

K


Entry ini tiada adanya berkenaan dengan entry yang sebelum ini. Hanya kerana aku susah untuk mengetuk huruf K ini di sini. Kenapa? Sebab punatnya sudah hilang. Aku gagahkan jua mengetuk guna jari hantu aku. Hilang sekejap macho skil menaip aku yang 30 patah perkataan seminit ini. Ini hasil usaha chatting juga rasanya...hehehe...tidak juga...aku sememangnya diberi anugerah sebegini rupa. Itu hanyalah alasan.

Entry ini tiada adanya berkenaan dengan entry yang sebelum ini. Hanya kerana aku rasa semacam aku sudah masuk ke HBPC. Gaya semacam kelab hiburan kan? Unggul. Nama panjangnya amat sedikit memberikan mimpi ngeri buat rakan-rakan lain. High Blood Preassure Club. Semalam, kelmarin dulu aku ada berjumpa dengan Muluk. Seorang kenalan lama yang mempunyai hobi terkini seperti Golf dek kerana tuntutan kerja. Beliau menasihatkan aku "nua..makan jaga sikit". Aku kadang langsung tidak sensitif dengan gurauan berikut. Aku perasan yang aku sememangnya semenjak dua ini tidak aktif dalam sukan. Futsal jauh melangit. Tenis dah berbulan ditinggalkan. Golf dah lupa macamana nak swing (mati aku Pak Busu tahu).

Kekadang, sinis je aku menjawab. "Aku tak kisah sangat. Jaga tu memanglah jaga. Tapi seluruh isi rumah yang aku tinggal, ada penyakit tersebut. Seluruh tali darah aku punya penyakit tersebut."

Semenjak dua ini, aku sering sakit kepala. Teringin juga hendak membuat log pengambilan makanan seharian. Ingin sekali memantau keadaan sendiri dan punca sakit kepala. Namun sepanjang sakit kepala, apabila aku periksa tekanan...tidaklah tinggi. Normal. Rasanya. Tidak lagi mencecah 138/83. Belum.

Anip juga memberikan keraguan. Boss juga sangsi selepas kenyataan Anip seperti berikut : "Kau sakit kepala selepas makan ya? Kau mesti kena darah tinggu tu".

Aku selalu menidakkan.

Minggu lepas aku rasa langsung tak produktif.

Bahkan ditimpa bencana walau ada berita seara baik.

1. Temuduga Network Admin
1.2 Cermin depan kereta pecah
2. Temuduga Event Coordinator selepas dinaik pangkat dari Production Assistant
3. Album belum lagi siap
4.PC dilanda Win32
5.pdf tidak boleh di buka
6. Laptop juga dilanda Win32
7.UBUNTU sedia untuk di aktifkan (kagum.jakun.gerun)
8.Tidak dapat bertemu Zahar
9.Duit menyusut tahap terlampau
10.Terlepas trip ke Bukit Tinggi selepas balik dari LCCT

Cukuplah.Kecoh saja. Farid, esok kita berkhemah di pejabat Rashid.

Ayuh.

Wednesday, June 11, 2008

CTS

Carpal Tunnel Syndrome.

Walaupun sebenarnya dah dua malam aku tak tidur lena. Walaupun aku kesempitan ruang masa. Walaupun aku dah langgar satu dateline. Walaupun ada album² yg belum aku serahkan pada tuannya. Aku ada tanggungjawab seorang anak. Walaupun kita tak merasa, apakah salahnya kita terasa. Walaumana sesebak hati kita, apakah salahnya kita abaikan. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Aku rasa, separuh hidup remaja tua aku ni dihabiskan kat hospital. Kot. Selebihnya kat depan komputer. Selang seli tu aku sujud kat sejadah, itupun kalau aku pakai sejadah. Harini aku bawak ibu pg jmpa Dr. Azmi, Neuro kat Damansara Specilist. Aji kenal. Satu tempat keje dgn dia. Itu pun Dr. Fauziah suruh bawak pg jmpa dia. Aku layankan aje. Kesian bila ibu ni, dia dah kat tahap manopouse+osteoporosis+depression+dibetis+high blood pressure+umur diskaun warga tua yang dilengkapi dengan kad pencen. Alhamdulillah lagi bilamana keluarga aku ni terjebak dalam ruangan kenalan² medical doctors. Walaupun ada diskaun² pencen dengan kad kuasa ahli pencen, taklah dikerat leher kat hospital swasta tu. Ubat pun dapat free yg drug rep bagi kat Dr. Azmi. Aku ni kadang² dah paham sangat terma² medical ni. Even kadang² tersilap :D tapi aku bangga, aku boleh baca sikit² tulisan depa. Dah sebulan ibu merungut² dia kebas tangan. Aku budget dia ni selalu kena kebas sebab dia hypo, darah dia low. Kadang² aku ingat dia ni tengah dilayan depression dia. Tapi tadi, semua telahan tu salah belaka. Dr. Azmi kata saraf kat dua belah tangan (kat telapak tangan) dia dah rosak. Belah kanan paling teruk la. So, sebab tu lah yg tangan dia kebas². Glad its in mild condition.


Itulah CTS.

CTS ini bila mana saraf (median nerve) yang terletak dalam lengan tertekan atau termampat di pergelangan tangan. Saraf median tersebut mengawal deria kepada telapak tangan pada ibujar dan jari-jari lain. Sementelahan itu, ia juga memberi impulse kepada otot-otot kecil dalam tangan yang membolehkan jari-jari bergerak.

Carpal tunnel i pulak ialah laluan lagimen dan tulang pada asas tangan - perumah atau tempat di mana saraf median dan tendon berada. Semua ini berada pada tulang carpal (dimana ada lapan tulang pada pergelangan tangan).Kadangkala, ganguan pada tendon atau pembengkakan menyebabkan saraf median tersebut termampat dengan sendirinya. Hasilnya, akan menyebabkan kesakitan, lemah, atau kebas pada tangan dan lengan, boleh sehingga ke kawasan lengan.

Simptom CTS ni biasanya berlaku berperingkat-peringkat. Rasa seperti terbakar atau pijar, rasa tidak selesa, dan kebas-kebas pada telapak tangan dan jari jemari. Ini kebiasaannya berlaku pada ibu jari, jari manis dan jari hantu. Sesetengah penghidap CTS menyatakan bahawa jari mereka seperti tidak bermakna, tidak boleh diguna pakai dan seperti membengkak, walaupun ianya hanya sedikit bengkak ataupun tidak langsung bengkak.

Macam ibu jugak, kadang-kadang dia terjaga dari tidur sebab tak selesa. Dia terpaksa goncang tangan dan pergelangan dia.

Itulah sindrom CTS. Semasa sindrom ini semakin meningkat, seseorang akan rasa sakit pada siang hari. Manakala kekuatan tangan semakin kurang. Masalah akan timbul apabila mengenggam objek kecil dan membuat kerja-kerja berkaitan dengan tangan. Apabila pada tahap kronik, seseorang itu gagal memberitau bahawa itu adalah sejuk atau panas!

CTL ini selalunya disebabkan oleh:
  • perbahan normal pada tisu dalam tangan dan pergelangan (wear and tear)
  • penyakit
  • patah tulang pergelangan, tulang berada di luar tempat asal (dislocated) atau tulang baru tumbuh dari tulang yang sedang memulih (yang menyebabkan ia mengambil lebih ruang dalam ruangan tersebut dan memberikan tekanan pada saraf median).
  • terdapat cecair pada carpal tunnel.(biasanya berlaku pada waktu mengandung atau seseorang itu mengalami rheumatoid arthiritis atau diabetes.
  • tumor yang tumbuh dalam pergelangan.

Dalam masalah risk tendecy, wanita adalah tiga kali ganda dari lelaki untuk mengalami CTS. Tangan yang dominan akan lebih terasa sakit. Seseorang yang mengalami diabetes atau lain-lain ketidak stabilan metabolik akan menyebabkan saraf badan terganggu.

Diagnosis awal dan pemulihan adalah penting untuk mengelakan kerosakan teruk pada saraf median. Pemeriksaan fizikal kepada tangan, lengan, bahu dan leher boleh memberitahu bahawa bahawa ia adalah sakit biasa tau ia mirip lebih kepada CTS. Pemeriksaan makmal macam x-ray, air kencing, darah, arthritis boleh memberi kita klu² simptom ini.

Kalau di dignos dengan CTS, doktor biasanya akan memberikan ubat priskripsi. Vitamin B6 pun katanya boleh mengurangkan rasa CTS ni. Tak pun ubat biasa contohnya macam ibuprofen. Paling teruk pada tahap CTS ni, kenalah buat pembedahan. Yang aku tau, macam
- Open Release Surgery
prosedur untuk membetulkan CTS, ada je gambar kat internet nih, tapi aku taknak masuk kan, nanti Anip takleh tengok, dia gerun walaupun cita-cita masa sekolah adalah Doktor Tentera. Hahahaha...(ketawa sebab saja nak sedapkan hati)


Related Posts with Thumbnails

Twitter Updates

Twitter / anuarsalleh