Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

Thursday, December 30, 2010

AUM!


AUM! This is how I roar ;p Malaysia just won AFF SUZUKI CUP 2010 and beat Indonesian 3-0 in Final Leg 1 and 2-1 on Final Leg 2. To Malaysian Team a.k.a. Harimau Malaya, CONGRATS! This is the next step for a good football on years to come...

Tuesday, June 22, 2010

MODE


Frankly, I'm not really into put my camera's dial to A mode. I'm always stick to my usual partner in crime, the M mode. But I have to learn not to be always in my comfort zone. So, this is my recent A.

This is one of the oldest building (I think so) in Johor Bahru, Johor. Lovely hometown of mine. For specific location, its in the end of Jalan Trus. The strip of shop lots where lies my family's 'coolest' memories. Not many of closest friends of mine or even my families know or even remember that my family have a stationary shop here. It was named after my brother's byname Pustaka Hanif.

The legacy lies beneath the skin and grow in the bones of Salleh's Family.

Wednesday, April 21, 2010

SAMA




Dua lagu yang sama di sana dan dua lagu yang sama di sini ;) Pernah dengar?

Sunday, April 18, 2010

Domain Name System Security Extensions (DNSSEC). Public Trial

This is an invitation from .my DOMAIN REGISTRY. You can join too ;)

How do you participate in this Public Trial? Follow the steps below:
1. Register a domain with DNSSEC enable at http://testbed.dnssec.my.
2. Wait for the approval of the domain (email)
3. Setup a test authoritative DNS for the domain
4. Sign your domain
5. Login to and update DNSSEC's Keys information
6. Submit your domain DS key to parent
7. Verify domain DNSSEC by using the Dig and Drill command (the tool can be found at http://www.dnssec.my)

The .my DNSSEC Public Trial will end on the 16th of May 2010. Please go to DNSSEC FAQ at http://testbed.dnssec.my/faq.php for more information. For further enquiries, feel free to drop them an email at tni@domainregistry.my

Saturday, August 29, 2009

gladlyCast

Dek kerana, leceh nak access blog ni oleh sebab² tertentu, aku lebih selesa menu-weet sahaja. Pertama sekali, orang yang meracuni aku menu-weet ini ialah rakan zaman persekolahan saya, Encik Halim. Mula² dulu, aku explore lah twitter ni (masa tu, tak ramai pengguna twitter rasanya) sampai part aku jumpa tab "devices" ni kat "setting".

Masa tu, masih ada lagi boleh masukan nombor telefon kita disitu, dan mereka akan terus hantar reply,dan memberikan kita nombor untuk Twitter update-kan diri. Nombornya masih aku simpan, +447624801423. Dengan itu, kita boleh menu-weet dan reply kepada rakan hanya mengunakan sms! Namun langit tak selalu cerah...tak lama selepas itu, lenyaplah "Malaysia" dari situ.

Namun sejak semalam, saya bertemu dengan Encik Nazley di tempat kerja buat pertama kali. Sebelum ini, kami hanya berinteraksi melalui forum, blog, twitter dan Facebook sahaja. Terima kasih kerana memberitahu saya kedatangan gladlyCast ini ke Malaysia. Beliau juga menyatakan bahawa sebelum ini, ada juga aplikasi lain yang digunakan untuk tweet melalui sms, namun ia juga telah tiada.

Di sini, aku ingin berkongsi tentang gladlyCast ni (padahal kerja tak buat² lagi) dengan siapa² yang nak baca. Apa itu gladlyCast? Ia adalah salah satu aplikasi (senang cerita) yang menyambungkan diri mereka dengan twitter, maka dengan kata lain, kita menggunakan aplikasi ini untuk update twitter. Ia datang dari gladlyCode yang menyatakan pengguna dari Singapura menggunakan aplikasi sms-ke-twitter ini dengan percuma (okay, ini mendatangkan perasaan hasad).


Pertama kali semam, aku hantar dengan ["Oscar likes skipping], dah try jugak dengan [Oscar likes skipping], tak jadi jugak. Aku dah sikit frust. Pagi tadi aku tengok twitter Encik @megat pasal gladlyCast ni, aku cuba sekali lagi (dah siap ngadu tu,takleh tak de pape jadik). Maka, Alhamdulillah berkat orang bersahur pagi tadi walaupun Subuh sedikit lambat di masjid, aku pun tekan la butang "I've send it" tu.


Sahlah, server diaorang dah terima sms aku. Maka, dengan hati yang terbuka, silalah "Confirm association" di situ. Maka itu, terpaculah muka seperti ditayangkan dibawah ini.

Aku juga menyarankan anda semua untuk memo-llow mereka di @gladlyCast untuk detik² indah bersama di hari mulia. Ataupun, terus sahaja sms kepada 012 795 9876 untuk menu-weet! Jikalau sesiapa yang menggunakan perkhidmatan Maxis, anda akan dikenakan sebanyak mana Maxis peruntukan harga untuk sms anda. Jika anda pengguna Celcom yang tegar, anda akan dikenakan peruntukan harga untuk pelan telefon anda. Saya pengguna Celcom UOX, sila jangan cemburu walaupun saya tidak dikenakan 1sen sms bersama Maxis. Makanya...


Oh, anda juga boleh menu-weet dari rangkaian lain! Ataupun dengan menggunakan telefon ibu bapa, rakan rapat, girlfriend, nenek (sebab tak pandai cek kredit), tanpa pengetahuan mereka...Astaga..bertaubatlah jika anda mempunyai niat sebegini!


Sunday, August 2, 2009

#twitterbackground

Bismillah...


Pertamanya aku menyambut Sya'ban daripada Ogos. Sya'ban memberi syafaat dan peluang² percuma memantaskan perjalanan ke syurga hakiki. Kadangkala bulan selepasnya kelihatan seperti persona non grata. Kenapa? Tidak ada perlepasan merokok barangkali. Ogos sekali lagi membawa berita bahawa Malaysia tercinta akan meraikan Hari Kemerdekaan yang ke berapa? Sekejap ye, Google dulu..hmm...hmm..ke nyanyi dan capai kalkulator cepat sikit? "..tanggal 21, bulan Ogos, 57..." YA! Hari Kemerdekaan yang ke-52! Eh..betul ke website ni? Atau aku yang Matematik SPM 7 ni salah tekan kalkulator??


Oh, ya...kelihatan hebat bukan background twitter saya? Dah lama sebenarnya aku nak tukar. Tengok MoedLatif punya background twitter dia, punyalah dahsyat..vektor sana sini. Tapi aku ni rajin habis (ayat negatif ya) nak memvektorkan diri sementelahan banyak lagi kerja-kerja yang perlu dibuat. Godeh punya gelek, gelek punya godeh, maka jadilah seperti yang dinyatakan diatas. Untuk makluman, ia adalah background Twitter yang berdasarkan dimensi monitor 1024 x 768 pixels. Jika anda mendapati background Twitter saya agak pelik dek kerana setting monitor yang kecil, maka saya akan edit untuk kesejahteraan bersama dan kedamaian sejagat!

Menurut gambarajah seperti di atas, kulit aku nampak jelas kelihatan biru seperti burung-burung Twitter di lapangan cyber bukan? Barulah nampak sedondon dengan tema Twitter sendiri. Namun, tidaklah aku mampu terbang bebas seperti mereka. Maka, cukuplah sahaja saya beraksi sedemikian rupa menandakan aku jua bisa terbang? Hehehe...aku tergelak sendiri tadi. Alhamdulillah, aku ini kadangkala mampu menyuntik perasaan humor dalam design aku. Cakaplah aku syok sendiri, tapi ia adalah kepuasan. Aaaahhhhhh....

Sejak kebelakangan ni, posting aku di blog amatlah perlahan dan berjarak. Sangat. Aku lebih selesa meng-tweet-kan diri kerana ianya lebih "ringan" dengan penggunaan TwitterFox yang diselitkan di celah browser Firefox aku di belah bawah kanan bucu browser. nak tengok siapa balas pun senang melalui tab "mention". Kecil-kecil cili api kata iklan Downy.

Sejak dua menjak ini juga aku berkeyakinan untuk menggunakan Twitter sebagai micro blog aku. Selain itu, aku juga sengaja meng-syncronize-kan bersama status aku di Facebook. Aku juga senang membalas @nama kawan-kawan di sana dan berjinak-jinak menggunakan #hashtag. Ianya semua amat teknikal bagi saya. Ia juga kadangkala menjadi trend yang samar-samar buat pengguna Twitter di Malaysia.

Baiklah, jika anda pengguna Twitter yang tegar, mesti anda perasan dengan hashtag #IndonesiaUnite dan variasi penggunaan dan anak beranak beliau di sana. Maaf jika aku nampak negatif. Tapi aku pelik kenapa ada sebilangan yang ingin meniru-niru dengan menggunakan #MalaysiaMerdeka dan ingin menjadikan ianya trend pada Twitter. Pada hemah saya, saya ingin sekali menggunakan perkataan penjajah, "nonsence". Begitu juga pada isu yang saya ingin berkongsi disini (saja jadikan isu bila dah tak ada isu.itu politik namanya bukan?) adalah Twibbon.

Cuba cari penjenayah Twibbon!

Ini adalah Twibbon milik rakyat Malaysia. Saya baru sahaja jumpa hari ini. Selama ini saya banyak terserempak semasa berlegar di arena hashtag sahaja, dimana ramai Twitter dari Indonesia menggunakan bendera mereka pada avatar Twitter. Nampak sempoi-sempoi sahaja. mungkin ia adalah mudah dibuat kerana ianya hanya menggunakan dua warna. Sokongan mereka juga adalah menjangkau 14,000 pengguna seluruh dunia! Aku sedikit malu untuk menyatakan Twibbon Malaysia ini berapa sokongan pengguna kita. Aku berikan pendapat mudah. Ia adalah teruk dan tidak praktikal. Marahlah aku jika aku buta design. Tapi walau aku pernah dapat keputusan A dalam subjek rekabentuk, typografi dan pengiklanan, aku juga punya kelemahan. Aku sokong 100% meletakan bendera pada avatar. Namun, usah di-emboss-kan dan ditambah bayang-bayang. Ia nampak kelam. Sudahlah Jalur Gemilang itu apabila diskala kecilkan, ianya akan terlihat seperti "cramp" dan sempit. Jadi...aku buat sendiri.

YA! Syok sendiri! ;)

Sunday, March 22, 2009

Burung

Pagi tadi hampir semua orang di rumah aku takjub.

"nak pergi mana?","awal bangun?", ini adalah antara ayat-ayat pertanyaan wajib untuk individu yang melakukan perkara yang sedikit pelik dari biasa. Apa taknya, setelah terbit matahari, 8pagi aku dah mandi.

Fuh. Biasa aku mandi sebelum subuh, takde pulak orang nak tanya pergi mana kan..yelah, sah-sah la nak pergi Masjid pergi solat Subuh ;p hehehe...

Pagi ni aku bangun awal sebab aku geram sejak dua menjak ni. Geram kat burung. Sebab pagi-pagi kawasan tempat aku lepak bekerja, agak redup sebelum 12tengahari. Jadi adalah kadang-kadang dua, tiga ekor jelah burung pipit main-main kat dinding paras pinggang depan pintu kaca. Adalah dalam 10 langkah jugak.

Oh, semalam lepas aku pergi Cambell ambik barang (jadi despatch sekejap), aku dah rancang nak singgah Great Eastern Mall. Aku nak pergi kedai haiwan, penjajah kata Pet Shop Boys, Ekeke...pebende ko merepek. Dah tentulah Pet Shop.

Mulanya, aku ingat nak beli bijirin (dalam kepala otak la, tapi tak tau bijirin apa la kan...hehe) macam bijik ntah apa-apa ke, atau yang senang, kuaci. Tapi Alhamdulillah la aku ni insan bijak. Aku tanya la dulu pembantu kedai tu. Alamak, comel la pulak amoi tu. Eh, aku tak ursya pun...itu pun aku perasan lepas 5 minit borak dengan dia pasal makanan burung. Kuaci tu sebenarnya untuk burung (lebih sesuai) yang paruhnya besar. Kalau macam burung pipit, paruhnya comel, kecil, jadi adalah lebih sesuai diberi bijirin yang dikenali sebagai "Millet".

Borak punya borak, korek punya korek, amoi tu pernah duduk kat apartment (takdelah aku nak korek apartment mana la kan..agak-agak la), jadi dia biasa "lure" guna Millet tu. Sebab, pada mulanya, aku cari bekas letak bijirin tu. Dia macam ala-ala dispenser, plastik seakan gelas tinggu, diterbalikan, ada tapak dan berlubang sedikit untuk Millet tu keluar. Tapi aku layan lagi tanya, ada berapa jenis Millet ni? Itu yang dia tanya burung apa ada dekat-dekat kawasan aku. Aku jawab pipit lah yang banyaknya, gagak tu dah pasti berlambak.

Tapi setelah aku fikir secara pantas dan tuntas, aku rasa macam tak best-lah kalau takde pistol. Eh, macam skrip Anak Ku Sazli pulak ;p Tak berapa pergi dan mari adanya kalau pakai peralatan plastik ni. Jadi, dia terus tunjukan aku "Spray Millet". Haaa...takjub aku sekejap. Macam inilah bentuk dan gayanya.


Spray Millet ni dia macam bertangkai-tangkai. Berputik-putik kecil dan rapat-rapat adanya. Jangan tanya aku kat mana depa dok tanam kat Malaysia ni ye. Tapi dia kata (dia la yang kata) ada yang lokal dan import. Yelah tu, mungkin dia beli borong, lepastu buat bungkus sendiri. Kan? Kalau nak tengok macamana pokok Spray Millet ni, klick la >>>sini<<< untuk mendapatkan bayangan lebih jelas.

Aku pun tak tau kenapa tiba-tiba aku boleh tertarik nak buat kerja macam ni. Mungkin aku bosan dan sikap aku yang cintakan alam semulajadi (yeah right...). Macam rasa mual pun ada buat sidang akhbar macam ni. Hahaha...sebenarnya, sah-sah la bosan kan...

Spray Millet yang aku telah beli semalam tu, harganya RM4.50 sahaja di P. Salah satu kedai haiwan yang berdekets Wonderland, Great Eastern Mall, Jalan Ampangatan dengan rumah aku. Spray Millet ni, dalam plastik yang agak tebal, dia di lipat-lipat. Tak banyak dan tak mudah bijirin yang sedia ada gugur selepas dibeli dan dibawa secara agak ganas oleh aku. Harga Spray Millet yang ada bungkusan cantik, ada yang beharga RM11.00 ke atas. Sama je, burung makan bukan tengok brand pun ;p

Jadi, setelah pagi awalnya aku bangun hari ini, menuju ke pokok, terus aku bawa bekal getah gelang belambak-lambak (saja je, takde kerja). Sampai sahaja di destinasi, aku keluarkan Spray Millet tu, aku ikat kat dahan pokok. Aku pakai dua getah gelang. Beginilah adanya Spray Millet tu selepas digantung dengan anggun sekali.

Macamana? Seperti semulajadi kan? Harapnya burung-burung tu nanti tertipulah adanya. Ada ke burung datang makan? CEH... penat aku tunggu. Yang ada, belalang comel makan sikit-sikit. Malang, aku tak bawak macro lens. Punyalah dia posing lama makan pelan-pelan....bateri pulak tengah charge...

Tengok la esok.

Monday, January 26, 2009

GERHANA


Penumbral Solar Eclipse | 26 January 2009 | 17:47 +8GMT
SUBAHANALLAH
This is how u do it primitive way! yeey~

ISO 100 | 1/400 | f7.1 | Unexposed and expired film from ECKERD Living Color ISO100 (",) Huhu..

Friday, December 5, 2008

GILA


Jam lebih kurang 10:36am . Tempat letak kereta PENUH! Pemandangan yang sperti yang dijangkakan.Imiginasi mungkin membantu untuk bayangan kawasan sekitar yg dipenuhi dengan kenderaan di kiri dan kanan jalan. Aku parking siap dua round. Masuk...keluar..masuk balik...Oh,mula aku datang pakai skuter Anip dengan tanpa topi keledar dengan Fatih dan Imad. Tengok kiri kanan dah penuh dengan kereta dengan motor.Pergh...dahsyat. Tanya guard, dia kata tempat letak motor, di belah tepi, menghadap Flat Menara. Boleh la kat lampu isyarat..ada "kuda putih". Aik? Menganas la depa lepas ni...tak boleh jadi...balik dulu, bawak kereta lain, pergi Setiawangsa setelkan kerja. Masa tengah print gambar kat kedai Kak Ra, DBKL pulak!? Pergh..betul depa ni menganas...rasa dah macam duduk kawasan PJ pulak...
Landskap depan AEON AU2 (Jusco AU2/Jusco Keramat). Sejak kebelakangan ini, Jusco sudah meninggalkan nama Jaya di depan Jusconya. Tak la nampak macam kedai mamak sangat kan. Rakyat Malaysia sudah menerima Jusco sebagai tempat membeli belah yang terkenal. Jadi, Jaya sudah tidak diperlukan kerana doa Jaya telah termakbul. Jusco telah membuka cawangannya dengan drastik pada tahun ini dengan Jayanya. Sekarang Jusco ingin dikenali sebagai AEON. Macam AEON card. Setelah ramai pemegang kad kreditnya gagal melunaskan hutang, nampaknya nama AEON sungguh berkesan terhadap pemasaran melalui kad kredit. Tahniah AEON!
Macam tak sangka kawasan Keramat akan ada tempat santai seperti ini...bak kata Anip; "Jaki kitaorg ni..xpe, nnt kan kepulangan aeil yg tak pki dipers". Maka secara tidak rasminya, AEON akan jadi tempat "kami" santai apabila sampai detik Encik Aeil meroyan dan seadanya. Dalam benak aku, bayangkan...pasar yang DBKL bina dah bertahun² dengan nilai yang lebih kurang AEON, bolehlah si AEON ni siap dan diduduki dahulu..hhmm...
Okay. Aku datang sini dengan satu tujuan. Meng-urshya tempat makan. Setelah menerima flyers besar dari pihak Jusco yang dilengkapi dengan pelan lantai yang "dipenuhi" dengan peta kedai makan...maka inilah pemandangan dari luar depan. Sebelah menyebelah, bergandingan bahu Subway dengan Starbucks! Wah²...satu buat darah tinggi naik , sebelah lagi menjaga kesihatan dengan makanan segar. Huhuhu..sah. Separa lagi bukti tempat santai rasmi aku menghabiskan duit untuk makan. Sebelah Sturbucks, ada Big Apple. Aku tak meroyan sangat makanan ni. Tepung berlubang naik yang lembut dipenuhi gula. Tak berkhasiat!
Masuk sahaja ruang utama Jusco ni, sebelah kiri anda adalah tempat makan lagi. ARENA. Lapangan makan (food court) rasmi Jusco. Gerai nombor 1 tu ada sizzling mee. Aku nak tengok, dia boleh lawan Alpha Angle punya tak. Gambar ni aku ambil dari tangga bersebelahan untuk naik ke aras atas. Terus lagi...
Kawasan permainan untuk anak²! Berkesan sungguh. Mak pergi beli barang, bapak dok makan aiskrim sambil konon² jaga anak.
Terus lagi di aras atas...satu ruang yang agak luas berbumbung kaca, sebelah kiri. Ini "highlight" hiburan Jusco AU2 ni. Karaoke Box! Separa rasmi lagi akan dipenuhi dengan anak bawah umur disamping mat rempit dan angkatan bohsia bohjan Lembah Kelang berkumpul. Sebenarnya aku mengharapkan GSC ;p hehehe...

Turun balik...ini aku simpan buat sedapkan hati..WENDY's. Aku mengidam gila makanan Amerika ni (aduh..apasal la makanan Amerika yang aku suka?)Tapi hari ini aku tak mengidam macam kelmarin hari Isnin. Bersebelahan dengan Kenny Roger's. Oklah, disini ada Kenny, disana ada Nando's.
Pusing je depan, ada tempat makan yang Azzam mengidam sangat. Makan sushi atas "conveyer belt". Ini majikan lama aku. Sushi King! Irashaimase....Pada aku AEON AU2 ni satu je. Dia direka untuk orang macam aku. Makan adalah segalanya (tapi itu bukan cogankata aku,saja je buat jadi lebih² agar menarik). Tapi aku tetap pelik, pemilik tidak mahu buat ruang parkir yang bertingkat. Namun itulah realiti. Kawasan Keramat, Setiawangsa, Wangsa Maju dan Ukay perdana mahupun Bukit Antarabangsa, penduduknya melebihi 300,000 orang penduduk. Percaya tak? Aku terdetik. Inilah yang Rasulullah lakukan. Berniaga. Rezeki itu 9/10 datang dari berniaga. Jangan takut dengan keruntuhan ekonomi. Insyallah...jika kita bersama Allah, Dia kan membantu...Kepada kawan² aku yang berniaga...Selamat Maju Jaya (Jusco)! (^_@)

Saturday, November 29, 2008

DMENC


Festival Nasyid Kebangsaan 2008 (Peringkat Akhir)

FESTIVAL NASYID KEBANGSAAN (FNK) ADALAH ACARA TAHUNAN YANG DIANJURKAN OLEH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA. FESTIVAL INI DIPECAHKAN KEPADA DUA KATEGORI PERTANDINGAN IAITU KATEGORI TRADISI DAN KATEGORI MODEN.

KATEGORI TRADISI ADALAH LAGU-LAGU NASYID YANG MENITIKBERATKAN LAGU-LAGU YANG MEMPUNYAI UNSUR-UNSUR SIQAH, HIJJAZ DAN UNSUR-UNSUR KEARABAN DAN DI SAMPING UNSUR-UNSUR MUZIK TRADISIONAL MELAYU.

SEMENTARA KATEGORI MODEN ADALAH LAGU-LAGU NASYID KONTEMPORARI TETAPI TIDAK TERMASUK UNSUR-UNSUR MUZIK ROCK, HIP-HOP, JAZZ DAN LAIN-LAIN MUZIK BERAT.

BERMULA FNK KE-18, FORMAT PERTANDINGAN TELAH DIUBAH DENGAN MELIBATKAN PENYERTAAN PENONTON SEBAGAI SEBAHAGIAN JURI YANG MENGUNDI MELALUI SMS.

UNTUK FNK KE-19 INI, TERDAPAT 22 BUAH KUMPULAN YANG MENYERTAI PERTANDINGAN TERMASUK KUMPULAN MEWAKILI NEGERI-NEGERI YANG MENGADAKAN FESTIVAL NASYID MASING-MASING.

KESEMUA PENYERTAAN AWAL TELAH DISARING OLEH JURI PROFESIONAL YANG MEMILIH HANYA 6 BUAH KUMPULAN UNTUK MEWAKILI KATEGORI TRADISI DAN 6 BUAH KUMPULAN MEWAKILI KATEGORI MODEN.

KESEMUA 12 KUMPULAN INI PULA TELAH DIPILIH OLEH PENGUNDI-PENGUNDI AWAM MELALUI SMS DENGAN MENONTON RANCANGAN KHAS FNK 19 MINGGUAN UNTUK MEMILIH MASING-MASING 4 BUAH KUMPULAN MEWAKILI SETIAP KATEGORI.

BERIKUT ADALAH KUMPULAN DAN LAGU-LAGU YANG TELAH BERJAYA KE PERINGKAT AKHIR SETELAH DIUNDI OLEH PENONTON MELALUI SIARAN DI SALURAN RTM1 SETIAP AHAD JAM 6.30 PETANG BERMULA 5 OKTOBER HINGGA 23 NOVEMBER 2008:-

KATEGORI TRADISI

  • PUTERI NURBAYYATI (JOHOR) – MENJANA UMMAH GEMILANG
  • NUR EL-BADR (SELANGOR) – TAMADUN ILMU
  • NURUL HUDA (KELANTAN) – BINGKISAN KALBU
  • SAUTUN NAJAH (MELAKA) – INSAN RABBANI

KATEGORI MODEN

  • NIBRASH (SABAH) – TEGUH
  • RAWIYANI (SELANGOR) – KU TAKLUK JUA
  • KHAMI (KUALA LUMPUR) – HIJMIN
  • CITRA (SARAWAK) – AURA KEMASYHURAN

DI SAMPING ITU SEMASA FNK KE-19 INI BERLANGSUNG, SATU PENGANUGERAHAN JUARA NASYID MINGGU INI 2008 (JNMI 4) DIADAKAN BERSAMA-SAMA. ANUGERAH INI AKAN DIBERI KEPADA PENGGIAT-PENGGIAT NASYID PROFESIONAL YANG LAGUNYA TELAH DIUNDI OLEH PENONTON MELALUI RANCANGAN DAURAH NMI SETIAP AHAD JAM 6.30 PETANG DI RTM1. ANTARA KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN ADALAH:-

(1) ARTIS BARU NASYID POPULAR NMI 2008

CALON-CALON:-

· EL-HIKMAH

· CASTURY

· DMENC

· MUADZ

· NICE

(2) ARTIS NASYID PALING POPULAR NMI 2008

CALON-CALON:-

· HAFIZ HAMIDUN

· DEVOTEES

· NAKRIZ

· INTEAM

· RABBANI

(3) NASYID PALING POPULAR NMI 2008

CALON-CALON:-

· YA NURAL AINI – EL-HIKMAH

· HARAPAN IHSAN – DEVOTEES FTR. SALLEH BROZ

· KELUARGA PENYAYANG – INTEAM

· SAKSI – RABBANI FTR. MAWI

· SYUKURLAH – NICE

· DI PINTU MIHRABMU – NAKRIZ

(4) KLIP VIDEO TERBAIK NMI 2008

CALON-CALON:-

· AKU DATANG – HAFIZ HAMIDUN

· LANGKAH DALAM CAHAYA – RAWIYANI

· HARAPAN INSAN – DEVOTEES FTR. SALLEH BROZ

· KASIH SEJARAK DUA JARI – MUADZ

· SAKSI – RABBANI FTR. MAWI

(5) NASYID TERBAIK NMI 2008

CALON-CALON:-

· AKU DATANG – HAFIZ HAMIDUN

· DI PINTU MIHRABMU – NAKRIZ

· SAKSI – RABBANI FTR. MAWI

· HARAPAN INSAN – DEVOTEES FTR. SALLEH BROZ

· KASIH SEJARAK DUA JARI – MUADZ

(6) LAGU PALING LAMA DALAM DAURAH NMI 2008

CALON-CALON:-

· DI PINTU MIHRABMU – NAKRIZ

· HANYA PASRAH MENANTI - CASTURY

(7) PENENTUAN KEDUDUKAN DAURAH NMI 2008 AKHIR

CALON-CALON:-

· YA NURAL AINI – EL-HIKMAH

· RINTIHANKU – SAUFEE

· HARAPAN IHSAN – DEVOTEES FTR. SALLEH BROZ

· DI PINTU MIHRABMU – NAKRIZ

· AKU DATANG – HAFIZ HAMIDUN

· MENTARI MERAH DI UFUK TIMUR – RABBANI FTR. AMY SEARCH

· SEJERNIH AIR – DMENC

· SAKSI – RABBANI FTR. MAWI

· KELUARGA PENYAYANG – INTEAM

· SYUKURLAH – NICE


BAGI KATEGORI ARTIS BARU NASYID POPULAR, ARTIS NASYID POPULAR, NASYID PALING POPULAR DAN LAGU PALING LAMA DALAM DAURAH DIUNDI OLEH PENONTON MELALUI SMS, EMEL DAN POS BIASA. SEMENTARA KLIP VIDEO TERBAIK DAN NASYID TERBAIK TELAH DIJURI OLEH JURI YANG DILANTIK OLEH MEP, TV.

FESTIVAL AKHIR INI AKAN DIACARAKAN OLEH SUFFIAN SAUJANA, SURAYA MOHAMAD (PENGACARA NMI) DAN SITI ROHANI (PENGACARA FNK 19, MINGGUAN) DI DEWAN PLENARY, PUSAT PERSIDANGAN ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PICC) PADA 29 NOVEMBER 2008 JAM 8.30 MALAM. MASUK ADALAH PERCUMA. SEMUA DIJEMPUT HADIR.


Tarikh : 26 November 2008
Sumber : Unit Perhubungan Awam JAKIM
Editor : PRO JAKIM

Friday, November 7, 2008

MASIH


Teringat skrip pentomen junior di sekolah dulu "...hari masih muda, kita kan masih remaja?!". Uh, kita masih punya waktu untuk segalanya...kan?

Wednesday, September 10, 2008

DOOM


Oh...its suck BIG TIME when you dont have internet connection. Its like ur cut out from any source of fresh water (i prefer no electric than water cut off) at ur home.

YES. My Streamyx suspended! (refer my Twitter). How i know? Thanks to call center (berbau bodek) that inform that my account was suspended due to overdue on my bill. YES, i just paid the bill of RM200+ yesterday afternoon, but i HAVE to pay 50% FROM THE OVERALL OVERDUE BILL for a 24 hours (sehari bekerja katanya) activation.

IM DOOM.

Alhamdulillah ALLAH give me a brain to think critically. Go to my brother, and ask for the Vodafone 3G!

YES!

Its not easy for me to do any tech review. But, what the hell. I DO planning on migrating for 3G stuff kinda thingy. updated bro..update...the rest of the review will be in Malay ;p
Sekilas sejarah (please learn ur Malay), aku bermula mengenal internet dah 13 tahun. Terima kasih Along yang sungguh celik hati dan IT (pengaruh besar hidup teknologi aku) kerana telah menjadi pemilik internet di zaman itu! Dial-up 1515 dan pengimbas tangan (hand held scanner = RIP) sememangnya suatu kombinasi yg maha menakjubkan! Itu belum lagi bercerita tentang software dan RAM 8M dua batang = 16M yang laju gila ;) kagum yang amat.

8 tahun setelah itu, aku adalah ketagihan internet (err...banyaknya pada irc kot). Namun Alhamdulillah aku bukan ketagih situs² porno luar negara. Aku sokong buatan tempatan! LOL. Aku jua memiliki 1515 dan aku adalah insan² awal yang mengimbas filem ke digital dan memuat naik ke situs percuma seperti Fotopages.

Sekarang, aku sudah punya internet laju 1M dari Streamyx.
p/s: aku pernah dibayar RMxxx.xx untuk mengikuti diskusi Streamyx oleh badan penyelidik tempatan tentang masalah hogging, bottle neck, lag dan seumpanya dan jalan penyelesaian. Alhamdulillah, tiada masalah tentang talian aku, dan diskusi itu memberi perspektif baru untuk aku.

Oh, sampailah aku teruja dengan sepupu aku yang suka berinternet tetapi tiada empunya talian tetap, maka beliau adalah pelopor kaedah wireless dan 3G. sekali lagi aku teruja. TETAPI, nombor yang tertera di "situ" tidak "tally" pada data yang diterima di atas talian. Sila komen. tambahan lagi, beliau menggunakan perkhidmatan dari Maxis. Aku pernah guna di daerah luar dari Kuala Lumpur, namun masalah "disconnecting" selalu menimpa. Wireless pihak hotel lagi memuaskan! Terima kasih Streamyx.
Setelah aku merepek panjang lebar, inilah dia review aku untuk perkhidmatan "Wireless Internet dari Celcom". Sah Celcom ada skandal dengan Vodafone, penyedia perkhidmatan talian di United Kingdom.

**NOTA: review ini adalah untuk setup modem dan penggunaan 20 minit - 1 jam setelah itu.

Tak susah nak menginstall modem wireless ni. Ia menggunakan kaedah cucuk dan main (lucah kan?) atau plug and play. Cucuk sahaja USB modem tersebut pada USB laptop atau PC anda. Nah, ia akan bermain dengan sendirinya. Menakjubkan bukan? YA..ia amat pandai untuk mencucuk dan bermain dengan sendirinya...

Selepas beberapa ketika, pilihlah perkhidmatan talian anda, HELLO...awak bukan duduk UK okay! Sila pilih MY CELCOM.

Setelah menekan butang next, biasalah, agree aje apa yang dalam persetujuan tu...yeke? jangan mengadu lepas ni kalau jadi apa², awak tu dah setuju....

Dia akan auto loading untuk setup modem tu. Tak lama lepas tu (kalau anda bukan pengguna RAM 16 dua batang,hehe..), akan terpacul lah icon seperti ini:


kat tengah² screen korang.comel je kan? Pastuh kat bawah kanan kat taskbar, akan keluarlah dialog box yang kata dia dah jumpa hardware baru...wow..kaya kan HWAWEI ni?

Sejurus sahaja dia dah detact modem tu, secara automatik ia akan bertukar kepada ikon seperti ni:
kat tempat tadi yang keluar dialog box tu. Eh, dilog box ke bubble? Lantaklah, tapi dia memang berupa itulah...nama tak begitu penting, sebab aku dan hampir semua kepada anda bukan lah orang yang kerja sebagai customer support dan masuk periksa? Eh? masuk periksa eh? Hehehe..padan muka.

Kat sebelah kiri korang pulak akan keluar Vodafone Mobile tu kat situ, tapi korang jangan pulak cari Adobe Photoshop CS3 pulak...sebab aku tengah buat kerja dowh!
Maka silalah click kat situ, dan akan terpacul lah tetingkap sebegini rupa..Ha! apalagan! Connect! Wahahaha...dalam hati aku dah kembang kuncup nak dapat connection balik ni...sabar...belum habis dik noi...
YA...mengancam bukan? Aku dah disambungkan dalam keadaan kelajuan maksima 3.6 Mbps! Canggun = canggih dan anggun! (gila rabak 90'an bahasa aku). Pergh..takleh jadi, aku nak la tros update kat Twitter la kan...so, Firefox aku jumpa kemaskini menatang kecik² yang menumpang dia kan...so, aku update dulu lah Twitter aku!
Jeng..jeng..jeng...boleh la aku melayari sesawang! Yahoo! <
Amacam? Puas? 15 minit je dah king kong!


Apa? 24 minit sudah berlalu? Panik la gwa camni (bak kata abang Param). Click pada gambar untuk paparan lebih jelas. Kalau diperhatikan dengan teliti, pasti korang perasan. Kelajuan tak sama? YA.
Takpe...still syok jugak laju macam ni kan? mana taknya...korang tak nampak tu dia terpampang tulis apa? Sah² 3.6Mbps!!! Streamyx? 1.0Mbps!!! Err...Mbps tu kejadah ayam? Dia bukan ayam..tak boleh buat kita batal puasa pun siang² hari..boleh je batal..sebab Mbps dia tak cukup banyak nak download torrent untuk lagu raya dan filem baru Hollywood.

Mbps ni jadahnya ialah untuk mengukur kepada bandwith internet yang kita terima. Apa² data dan pejadah yang kita download tu sume dikira kat sini lah...nampak yang anak panah hijau ke atas dan ke bawah tu? Itulah dia kira berapa kelajuan rate download dan upload. Eh? Yeke?

Mbps kat sini bukanlah "Mega bytes per second", tapi dia ialah "Millions bit per second atau Mega bits per second". Aku malas nak cerita kiraan mengarut ni. Matematik SPM aku 7, Engrish aku 7. Jadi aku seakan tak layak kot nak ajar korang yang pandai ni..eh, korang baca sampai sini eh? Abaikan karutan aku.




Oh, lama punya aku surfing bayek kat flickr...aku check balik...dah sejam lebih aku di atas talian! Wow...takjubnya! Dah sampai 26.24!!! Gila kentang!!! nampak tak nombor 96 tu? Pergh...tapi jangan la suka sangat. Takde makna semua tu. Rujuk lah di VMCLite Status tu..speed anda 3.6Mbps...haa...apasal tak baca agreement tadi? main agree je...Eh? ada kata ke kat sana?

Cukup je dalam 2 jam...nah. Limit dia dah sampai. 48642kb? Dia sama je kot macam kira kilometer? Mungkin dia macam seperti 4.86Mbps atau 5.0Mbps? Betul ke?

Err...cukup haribulan aku terminate sahaja agaknya talian Streamyx aku ni...huhuhu...



Dah..rupanya aku tak sedar yang aku ni dah dekat 3 jam qiamulail depan PC ni sambil buat posting yang "teramat teknologinya aku"...cop.

Nampak tak apa screen shot kat atas ni..macam sama kan ayat dia? Ada pemahaman tak? Atau keraguan?Hehehe..aku belum maju untuk menerangkan semua ini. Sementelahan aku ni dah nak terkucil sangat² sebab dari tadi dok mengadap kejadah ayam ni dengan tuala hijau aku sahaja...opss...posting seksi dan lucah kali ini, di selingan dengan posting "paling banyak gambar" oleh aku.

Dah. PENAT.

Apa? MAC? LINUX? itu di luar kebolehan aku, tapi abang buntu ni boleh menolong anda...hehe..sori ya bro, suka dengan nama melayubuntu ;)

Related Posts with Thumbnails

Twitter Updates

Twitter / anuarsalleh