Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Sunday, April 19, 2009

SUKIYAKI

Ini bukan posting lagu Sukiyaki. Ia adalah makanan.

YA. Makan lagi. Weh, blog ni bukan blog makan okey! Tapi aku ni dah masuk kali ketiga kecewa dengan kedai makanan segera. Lagi dua, aku macam dah nak lupakan. Tapi yang ini, selagi ia masih segar dalam ingatan (dan lidah), maka aku menghukum ia wajib di protes buat kali ketiga. Pertama di borang, kedua di laman web. Cuma kali ini secara terbuka.
Aku pesan ini buat makan malam hari ini, walau sebenarnya aku lebih kepada soba daripada udon. Tuan Manager yang layan aku kali pertama aku datang sini. Kurang senyum. Tak apa, aku faham penat hujung minggu buat shif penuh agaknya. Aku minum Ocha PANAS yang suam (malas nak komplen kat beliau, faham sendirilah) sementara menanti Kaiten memusingkan sushi kegemaran. Dah capai sushi bertakhta Ikan Salamon, aku tunggu bekas Wasabe. Dah angkat, KOSONG. Menarik. Aku serah pada budak dalam Kaiten. Nak isi semula punya lama. Rupanya dia tunggu Kaiten pusing lagi buat kali yang ke 17 untuk bekas Wasabe yang lain. Dah makan habis, sambil aku hirup Ocha SUAM, aku dah sediakala menala "countdown clock" dalam telefon gengam aku. Cukup 18 minit, sukanya aku suka suki aku dah sampai. Eh, Sukiyaki. Daging dia ok. Rasa dia ok. Tapi ada pulak kulit telur! dalam Sukiyaki?? Lapar punya pasal, hal kecik je, malas nak komplen lagi. Erm,biasalah,kurang masin. Aku ambil Kicap Soya, tambah Wasabe. Aku tuang dalam sup panas dalam tu.

Dah nak balik, aku pesan isi semula untuk Ocha SUAM yang dah SEJUK tadi. SIKIT lagi dia tertuang atas peha kiri aku. Aku jerit kecil ala-ala manja. Dia terperanjat. Aku cakap, "sikit lagi awak tuang saya, nasib baik Ocha ni MASIH SUAM macam tadi". KALAU PANAS? Menarik.

Mula-mula sampai, aku ada pesan menu "bermusim" untuk ratapan orang di rumah. Sake Toro Kusi Tare. Perut Ikan Salmon goreng. Manager dah pesan, sila ambil di kaunter selepas makan. Terima Kasih. Aku lupa nama dia. Dah bayar, aku cukup-cukup ada duit RM30 dalam dompet. Okay lah agaknya, cukup ni. Sekali TOTAL RM30.25! Boleh termalu sikit. Aku kurang 10sen. Hahaha..kelakar. Budak tu kata, tak apa, biasanya ada over 20-30sen (aku tau, tapi aku dah cakap, "betul ya tak short?nanti awak susah"). Terima Kasih sekali lagi. Aku juga lupa nama dia.

Habis bayar dan ambil resit, aku cakap "saya banyak nak komen awak ni, first time saya datang sini tau". Sumpah muka budak tu dah berubah. Dia mesti ingat aku ni spy dari Texchem Group di atas. Aku cakap dan senyum sambil mengisi borang "What do you think?" mereka. Aku berlalu dengan rasa PENUH kecewa.

Sampai di rumah, aku terus isi borang "enquiry". Enquiry tu apa? Tapi mana Sushi King AEON AU2 dalam drop down menu? Aku terlepas pandang ke? Betulkan aku kalau salah. Sila periksa DISINI. Ada nampak?

Aku tak ingat apa bebelan aku di sana. Yang pasti bebelan disini lebih padat dan berjela. Lepas aku tekan butang "send", dia keluar ini:
InsyAllah aku kira berapa hari aku dapat maklum balas dari mereka. Aku ni banyak komplen ke? Oh, aku sempat cadangkan "training, training, training" dalam borang mereka. Sekarang, aku nak habiskan Sake Toro Kusi Tare tadi dan makan Cheese Cake dapur KOG.

Selamat Hari Isnin yang produktif!

Friday, April 17, 2009

MAKAN

Aku tau, kenapa blog makan adalah blog yang paling popular dalam alam blog ni. Lagi-lagi kalau ada yang akan bagi makan percuma.

APA?!! PERCUMA?

YA...PERCUMA.

Ada istilah slenga negara jiran yang dinamakan "kiasu". Anda pergilah bertanya kepada Encik Google apakah itu kiasu ya? Saya belum ada nafsu untuk mengdefinasikan perkataan tersebut.

Tentang makanan, pendek kata, InsyAllah kalau siapa belanja, aku akan makan. Tentang makanan, pendek kata, InsyAllah semua makanan halal aku makan. Tentang makanan, pendek kata, InsyAllah aku pandai makan...

Tetapi kalau bab makan yang mendatangkan kemarahan...InsyAllah aku still makan. Hehehe...






Aku dah menaip panjang posting ni, tapi dah pukul 2pagi. aku dah jadi separa malas sebab entah bagaimana, apa yang aku taip tadi hilang. Isthgifar anuar...

Okay. Disini secara rasminya, aku ingin memberi hadiah kepada kawan-kawan. Benda percuma orang biasanya suka kan? Uish...awak tak tau ke? Ada orang sanggup mengejar kenderaan untuk mendapatkan air minuman bertenaga! Ada orang sanggup telefon siaran televisi untuk dapatkan CD terbaru penyanyi pujaan (sambil menjerit seakan dirasuk makhluk halus). Namun...semuanya ada halangan...aduh...bahagian ni yang paling tak sedap kan?

Aku ada soalan kepada insan yang sangat inginkan voucher seperti di bawah ini. Perhatikan dengan teliti, tarikh luput voucher ini adalah pada bulan hadapan. YA. MEI 2009!


Soalannya senang je...
Teka berapa peratus potongan untuk Breaded Drummets Ayamas tersebut?
(ini kerana, saya akan pautkan kepada blog yang mengambil bahagian yang memberi voucher Ayamas ini di kemudian hari). Akhir kata, cepat²lah membuat telahan anda, sementara stok masih ada.

Di kemudian hari, saya juga tiada mendapat apa-apa keuntungan dari posting ini, hanya berasa tidak ingin tamak dengan apa yang ada. Hanya ingin berkongsi rasa. Akhirnya, saya juga yang terpaksa menyerahkan kepada pemenang dengan tangan, atau paling sakit hati, terpaksa pos sahaja lah. Apa-apa pun...kalau nak seribu daya! Selamat Mencuba!


Kepada 2 (dua) telahan pertama yang berjaya, akan diberikan:
1Regular Pizza (pan sahaja)+1Soup Of The Day+Garlic Bread+1Air (panas/sejuk) setiap seorang.



Kepada 2 (dua) telahan kedua berjaya, akan diberikan:
1Regular Drink+1 2-pc Chiken setiap seorang+1Coleslaw (Large) setiap seorang.



Kepada 2 (dua) telahan tidak berjaya (seronok tak?) yang terpilih, akan diberikan:
1Local Flavourites+2Side Orders+2Carbonated Drinks setiap seorang.

Friday, December 5, 2008

GILA


Jam lebih kurang 10:36am . Tempat letak kereta PENUH! Pemandangan yang sperti yang dijangkakan.Imiginasi mungkin membantu untuk bayangan kawasan sekitar yg dipenuhi dengan kenderaan di kiri dan kanan jalan. Aku parking siap dua round. Masuk...keluar..masuk balik...Oh,mula aku datang pakai skuter Anip dengan tanpa topi keledar dengan Fatih dan Imad. Tengok kiri kanan dah penuh dengan kereta dengan motor.Pergh...dahsyat. Tanya guard, dia kata tempat letak motor, di belah tepi, menghadap Flat Menara. Boleh la kat lampu isyarat..ada "kuda putih". Aik? Menganas la depa lepas ni...tak boleh jadi...balik dulu, bawak kereta lain, pergi Setiawangsa setelkan kerja. Masa tengah print gambar kat kedai Kak Ra, DBKL pulak!? Pergh..betul depa ni menganas...rasa dah macam duduk kawasan PJ pulak...
Landskap depan AEON AU2 (Jusco AU2/Jusco Keramat). Sejak kebelakangan ini, Jusco sudah meninggalkan nama Jaya di depan Jusconya. Tak la nampak macam kedai mamak sangat kan. Rakyat Malaysia sudah menerima Jusco sebagai tempat membeli belah yang terkenal. Jadi, Jaya sudah tidak diperlukan kerana doa Jaya telah termakbul. Jusco telah membuka cawangannya dengan drastik pada tahun ini dengan Jayanya. Sekarang Jusco ingin dikenali sebagai AEON. Macam AEON card. Setelah ramai pemegang kad kreditnya gagal melunaskan hutang, nampaknya nama AEON sungguh berkesan terhadap pemasaran melalui kad kredit. Tahniah AEON!
Macam tak sangka kawasan Keramat akan ada tempat santai seperti ini...bak kata Anip; "Jaki kitaorg ni..xpe, nnt kan kepulangan aeil yg tak pki dipers". Maka secara tidak rasminya, AEON akan jadi tempat "kami" santai apabila sampai detik Encik Aeil meroyan dan seadanya. Dalam benak aku, bayangkan...pasar yang DBKL bina dah bertahun² dengan nilai yang lebih kurang AEON, bolehlah si AEON ni siap dan diduduki dahulu..hhmm...
Okay. Aku datang sini dengan satu tujuan. Meng-urshya tempat makan. Setelah menerima flyers besar dari pihak Jusco yang dilengkapi dengan pelan lantai yang "dipenuhi" dengan peta kedai makan...maka inilah pemandangan dari luar depan. Sebelah menyebelah, bergandingan bahu Subway dengan Starbucks! Wah²...satu buat darah tinggi naik , sebelah lagi menjaga kesihatan dengan makanan segar. Huhuhu..sah. Separa lagi bukti tempat santai rasmi aku menghabiskan duit untuk makan. Sebelah Sturbucks, ada Big Apple. Aku tak meroyan sangat makanan ni. Tepung berlubang naik yang lembut dipenuhi gula. Tak berkhasiat!
Masuk sahaja ruang utama Jusco ni, sebelah kiri anda adalah tempat makan lagi. ARENA. Lapangan makan (food court) rasmi Jusco. Gerai nombor 1 tu ada sizzling mee. Aku nak tengok, dia boleh lawan Alpha Angle punya tak. Gambar ni aku ambil dari tangga bersebelahan untuk naik ke aras atas. Terus lagi...
Kawasan permainan untuk anak²! Berkesan sungguh. Mak pergi beli barang, bapak dok makan aiskrim sambil konon² jaga anak.
Terus lagi di aras atas...satu ruang yang agak luas berbumbung kaca, sebelah kiri. Ini "highlight" hiburan Jusco AU2 ni. Karaoke Box! Separa rasmi lagi akan dipenuhi dengan anak bawah umur disamping mat rempit dan angkatan bohsia bohjan Lembah Kelang berkumpul. Sebenarnya aku mengharapkan GSC ;p hehehe...

Turun balik...ini aku simpan buat sedapkan hati..WENDY's. Aku mengidam gila makanan Amerika ni (aduh..apasal la makanan Amerika yang aku suka?)Tapi hari ini aku tak mengidam macam kelmarin hari Isnin. Bersebelahan dengan Kenny Roger's. Oklah, disini ada Kenny, disana ada Nando's.
Pusing je depan, ada tempat makan yang Azzam mengidam sangat. Makan sushi atas "conveyer belt". Ini majikan lama aku. Sushi King! Irashaimase....Pada aku AEON AU2 ni satu je. Dia direka untuk orang macam aku. Makan adalah segalanya (tapi itu bukan cogankata aku,saja je buat jadi lebih² agar menarik). Tapi aku tetap pelik, pemilik tidak mahu buat ruang parkir yang bertingkat. Namun itulah realiti. Kawasan Keramat, Setiawangsa, Wangsa Maju dan Ukay perdana mahupun Bukit Antarabangsa, penduduknya melebihi 300,000 orang penduduk. Percaya tak? Aku terdetik. Inilah yang Rasulullah lakukan. Berniaga. Rezeki itu 9/10 datang dari berniaga. Jangan takut dengan keruntuhan ekonomi. Insyallah...jika kita bersama Allah, Dia kan membantu...Kepada kawan² aku yang berniaga...Selamat Maju Jaya (Jusco)! (^_@)
Related Posts with Thumbnails

Twitter Updates

Twitter / anuarsalleh