Showing posts with label twitter. Show all posts
Showing posts with label twitter. Show all posts

Saturday, August 29, 2009

gladlyCast

Dek kerana, leceh nak access blog ni oleh sebab² tertentu, aku lebih selesa menu-weet sahaja. Pertama sekali, orang yang meracuni aku menu-weet ini ialah rakan zaman persekolahan saya, Encik Halim. Mula² dulu, aku explore lah twitter ni (masa tu, tak ramai pengguna twitter rasanya) sampai part aku jumpa tab "devices" ni kat "setting".

Masa tu, masih ada lagi boleh masukan nombor telefon kita disitu, dan mereka akan terus hantar reply,dan memberikan kita nombor untuk Twitter update-kan diri. Nombornya masih aku simpan, +447624801423. Dengan itu, kita boleh menu-weet dan reply kepada rakan hanya mengunakan sms! Namun langit tak selalu cerah...tak lama selepas itu, lenyaplah "Malaysia" dari situ.

Namun sejak semalam, saya bertemu dengan Encik Nazley di tempat kerja buat pertama kali. Sebelum ini, kami hanya berinteraksi melalui forum, blog, twitter dan Facebook sahaja. Terima kasih kerana memberitahu saya kedatangan gladlyCast ini ke Malaysia. Beliau juga menyatakan bahawa sebelum ini, ada juga aplikasi lain yang digunakan untuk tweet melalui sms, namun ia juga telah tiada.

Di sini, aku ingin berkongsi tentang gladlyCast ni (padahal kerja tak buat² lagi) dengan siapa² yang nak baca. Apa itu gladlyCast? Ia adalah salah satu aplikasi (senang cerita) yang menyambungkan diri mereka dengan twitter, maka dengan kata lain, kita menggunakan aplikasi ini untuk update twitter. Ia datang dari gladlyCode yang menyatakan pengguna dari Singapura menggunakan aplikasi sms-ke-twitter ini dengan percuma (okay, ini mendatangkan perasaan hasad).


Pertama kali semam, aku hantar dengan ["Oscar likes skipping], dah try jugak dengan [Oscar likes skipping], tak jadi jugak. Aku dah sikit frust. Pagi tadi aku tengok twitter Encik @megat pasal gladlyCast ni, aku cuba sekali lagi (dah siap ngadu tu,takleh tak de pape jadik). Maka, Alhamdulillah berkat orang bersahur pagi tadi walaupun Subuh sedikit lambat di masjid, aku pun tekan la butang "I've send it" tu.


Sahlah, server diaorang dah terima sms aku. Maka, dengan hati yang terbuka, silalah "Confirm association" di situ. Maka itu, terpaculah muka seperti ditayangkan dibawah ini.

Aku juga menyarankan anda semua untuk memo-llow mereka di @gladlyCast untuk detik² indah bersama di hari mulia. Ataupun, terus sahaja sms kepada 012 795 9876 untuk menu-weet! Jikalau sesiapa yang menggunakan perkhidmatan Maxis, anda akan dikenakan sebanyak mana Maxis peruntukan harga untuk sms anda. Jika anda pengguna Celcom yang tegar, anda akan dikenakan peruntukan harga untuk pelan telefon anda. Saya pengguna Celcom UOX, sila jangan cemburu walaupun saya tidak dikenakan 1sen sms bersama Maxis. Makanya...


Oh, anda juga boleh menu-weet dari rangkaian lain! Ataupun dengan menggunakan telefon ibu bapa, rakan rapat, girlfriend, nenek (sebab tak pandai cek kredit), tanpa pengetahuan mereka...Astaga..bertaubatlah jika anda mempunyai niat sebegini!


Sunday, August 2, 2009

#twitterbackground

Bismillah...


Pertamanya aku menyambut Sya'ban daripada Ogos. Sya'ban memberi syafaat dan peluang² percuma memantaskan perjalanan ke syurga hakiki. Kadangkala bulan selepasnya kelihatan seperti persona non grata. Kenapa? Tidak ada perlepasan merokok barangkali. Ogos sekali lagi membawa berita bahawa Malaysia tercinta akan meraikan Hari Kemerdekaan yang ke berapa? Sekejap ye, Google dulu..hmm...hmm..ke nyanyi dan capai kalkulator cepat sikit? "..tanggal 21, bulan Ogos, 57..." YA! Hari Kemerdekaan yang ke-52! Eh..betul ke website ni? Atau aku yang Matematik SPM 7 ni salah tekan kalkulator??


Oh, ya...kelihatan hebat bukan background twitter saya? Dah lama sebenarnya aku nak tukar. Tengok MoedLatif punya background twitter dia, punyalah dahsyat..vektor sana sini. Tapi aku ni rajin habis (ayat negatif ya) nak memvektorkan diri sementelahan banyak lagi kerja-kerja yang perlu dibuat. Godeh punya gelek, gelek punya godeh, maka jadilah seperti yang dinyatakan diatas. Untuk makluman, ia adalah background Twitter yang berdasarkan dimensi monitor 1024 x 768 pixels. Jika anda mendapati background Twitter saya agak pelik dek kerana setting monitor yang kecil, maka saya akan edit untuk kesejahteraan bersama dan kedamaian sejagat!

Menurut gambarajah seperti di atas, kulit aku nampak jelas kelihatan biru seperti burung-burung Twitter di lapangan cyber bukan? Barulah nampak sedondon dengan tema Twitter sendiri. Namun, tidaklah aku mampu terbang bebas seperti mereka. Maka, cukuplah sahaja saya beraksi sedemikian rupa menandakan aku jua bisa terbang? Hehehe...aku tergelak sendiri tadi. Alhamdulillah, aku ini kadangkala mampu menyuntik perasaan humor dalam design aku. Cakaplah aku syok sendiri, tapi ia adalah kepuasan. Aaaahhhhhh....

Sejak kebelakangan ni, posting aku di blog amatlah perlahan dan berjarak. Sangat. Aku lebih selesa meng-tweet-kan diri kerana ianya lebih "ringan" dengan penggunaan TwitterFox yang diselitkan di celah browser Firefox aku di belah bawah kanan bucu browser. nak tengok siapa balas pun senang melalui tab "mention". Kecil-kecil cili api kata iklan Downy.

Sejak dua menjak ini juga aku berkeyakinan untuk menggunakan Twitter sebagai micro blog aku. Selain itu, aku juga sengaja meng-syncronize-kan bersama status aku di Facebook. Aku juga senang membalas @nama kawan-kawan di sana dan berjinak-jinak menggunakan #hashtag. Ianya semua amat teknikal bagi saya. Ia juga kadangkala menjadi trend yang samar-samar buat pengguna Twitter di Malaysia.

Baiklah, jika anda pengguna Twitter yang tegar, mesti anda perasan dengan hashtag #IndonesiaUnite dan variasi penggunaan dan anak beranak beliau di sana. Maaf jika aku nampak negatif. Tapi aku pelik kenapa ada sebilangan yang ingin meniru-niru dengan menggunakan #MalaysiaMerdeka dan ingin menjadikan ianya trend pada Twitter. Pada hemah saya, saya ingin sekali menggunakan perkataan penjajah, "nonsence". Begitu juga pada isu yang saya ingin berkongsi disini (saja jadikan isu bila dah tak ada isu.itu politik namanya bukan?) adalah Twibbon.

Cuba cari penjenayah Twibbon!

Ini adalah Twibbon milik rakyat Malaysia. Saya baru sahaja jumpa hari ini. Selama ini saya banyak terserempak semasa berlegar di arena hashtag sahaja, dimana ramai Twitter dari Indonesia menggunakan bendera mereka pada avatar Twitter. Nampak sempoi-sempoi sahaja. mungkin ia adalah mudah dibuat kerana ianya hanya menggunakan dua warna. Sokongan mereka juga adalah menjangkau 14,000 pengguna seluruh dunia! Aku sedikit malu untuk menyatakan Twibbon Malaysia ini berapa sokongan pengguna kita. Aku berikan pendapat mudah. Ia adalah teruk dan tidak praktikal. Marahlah aku jika aku buta design. Tapi walau aku pernah dapat keputusan A dalam subjek rekabentuk, typografi dan pengiklanan, aku juga punya kelemahan. Aku sokong 100% meletakan bendera pada avatar. Namun, usah di-emboss-kan dan ditambah bayang-bayang. Ia nampak kelam. Sudahlah Jalur Gemilang itu apabila diskala kecilkan, ianya akan terlihat seperti "cramp" dan sempit. Jadi...aku buat sendiri.

YA! Syok sendiri! ;)

Related Posts with Thumbnails

Twitter Updates

Twitter / anuarsalleh