Sunday, March 22, 2009

Burung

Pagi tadi hampir semua orang di rumah aku takjub.

"nak pergi mana?","awal bangun?", ini adalah antara ayat-ayat pertanyaan wajib untuk individu yang melakukan perkara yang sedikit pelik dari biasa. Apa taknya, setelah terbit matahari, 8pagi aku dah mandi.

Fuh. Biasa aku mandi sebelum subuh, takde pulak orang nak tanya pergi mana kan..yelah, sah-sah la nak pergi Masjid pergi solat Subuh ;p hehehe...

Pagi ni aku bangun awal sebab aku geram sejak dua menjak ni. Geram kat burung. Sebab pagi-pagi kawasan tempat aku lepak bekerja, agak redup sebelum 12tengahari. Jadi adalah kadang-kadang dua, tiga ekor jelah burung pipit main-main kat dinding paras pinggang depan pintu kaca. Adalah dalam 10 langkah jugak.

Oh, semalam lepas aku pergi Cambell ambik barang (jadi despatch sekejap), aku dah rancang nak singgah Great Eastern Mall. Aku nak pergi kedai haiwan, penjajah kata Pet Shop Boys, Ekeke...pebende ko merepek. Dah tentulah Pet Shop.

Mulanya, aku ingat nak beli bijirin (dalam kepala otak la, tapi tak tau bijirin apa la kan...hehe) macam bijik ntah apa-apa ke, atau yang senang, kuaci. Tapi Alhamdulillah la aku ni insan bijak. Aku tanya la dulu pembantu kedai tu. Alamak, comel la pulak amoi tu. Eh, aku tak ursya pun...itu pun aku perasan lepas 5 minit borak dengan dia pasal makanan burung. Kuaci tu sebenarnya untuk burung (lebih sesuai) yang paruhnya besar. Kalau macam burung pipit, paruhnya comel, kecil, jadi adalah lebih sesuai diberi bijirin yang dikenali sebagai "Millet".

Borak punya borak, korek punya korek, amoi tu pernah duduk kat apartment (takdelah aku nak korek apartment mana la kan..agak-agak la), jadi dia biasa "lure" guna Millet tu. Sebab, pada mulanya, aku cari bekas letak bijirin tu. Dia macam ala-ala dispenser, plastik seakan gelas tinggu, diterbalikan, ada tapak dan berlubang sedikit untuk Millet tu keluar. Tapi aku layan lagi tanya, ada berapa jenis Millet ni? Itu yang dia tanya burung apa ada dekat-dekat kawasan aku. Aku jawab pipit lah yang banyaknya, gagak tu dah pasti berlambak.

Tapi setelah aku fikir secara pantas dan tuntas, aku rasa macam tak best-lah kalau takde pistol. Eh, macam skrip Anak Ku Sazli pulak ;p Tak berapa pergi dan mari adanya kalau pakai peralatan plastik ni. Jadi, dia terus tunjukan aku "Spray Millet". Haaa...takjub aku sekejap. Macam inilah bentuk dan gayanya.


Spray Millet ni dia macam bertangkai-tangkai. Berputik-putik kecil dan rapat-rapat adanya. Jangan tanya aku kat mana depa dok tanam kat Malaysia ni ye. Tapi dia kata (dia la yang kata) ada yang lokal dan import. Yelah tu, mungkin dia beli borong, lepastu buat bungkus sendiri. Kan? Kalau nak tengok macamana pokok Spray Millet ni, klick la >>>sini<<< untuk mendapatkan bayangan lebih jelas.

Aku pun tak tau kenapa tiba-tiba aku boleh tertarik nak buat kerja macam ni. Mungkin aku bosan dan sikap aku yang cintakan alam semulajadi (yeah right...). Macam rasa mual pun ada buat sidang akhbar macam ni. Hahaha...sebenarnya, sah-sah la bosan kan...

Spray Millet yang aku telah beli semalam tu, harganya RM4.50 sahaja di P. Salah satu kedai haiwan yang berdekets Wonderland, Great Eastern Mall, Jalan Ampangatan dengan rumah aku. Spray Millet ni, dalam plastik yang agak tebal, dia di lipat-lipat. Tak banyak dan tak mudah bijirin yang sedia ada gugur selepas dibeli dan dibawa secara agak ganas oleh aku. Harga Spray Millet yang ada bungkusan cantik, ada yang beharga RM11.00 ke atas. Sama je, burung makan bukan tengok brand pun ;p

Jadi, setelah pagi awalnya aku bangun hari ini, menuju ke pokok, terus aku bawa bekal getah gelang belambak-lambak (saja je, takde kerja). Sampai sahaja di destinasi, aku keluarkan Spray Millet tu, aku ikat kat dahan pokok. Aku pakai dua getah gelang. Beginilah adanya Spray Millet tu selepas digantung dengan anggun sekali.

Macamana? Seperti semulajadi kan? Harapnya burung-burung tu nanti tertipulah adanya. Ada ke burung datang makan? CEH... penat aku tunggu. Yang ada, belalang comel makan sikit-sikit. Malang, aku tak bawak macro lens. Punyalah dia posing lama makan pelan-pelan....bateri pulak tengah charge...

Tengok la esok.

1 comment:

Anonymous said...

heyy, which pet shop did you go to? i've been trying to get millets for ages.

thanks. x

Related Posts with Thumbnails

Twitter Updates

Twitter / anuarsalleh