Sunday, April 19, 2009

SUKIYAKI

Ini bukan posting lagu Sukiyaki. Ia adalah makanan.

YA. Makan lagi. Weh, blog ni bukan blog makan okey! Tapi aku ni dah masuk kali ketiga kecewa dengan kedai makanan segera. Lagi dua, aku macam dah nak lupakan. Tapi yang ini, selagi ia masih segar dalam ingatan (dan lidah), maka aku menghukum ia wajib di protes buat kali ketiga. Pertama di borang, kedua di laman web. Cuma kali ini secara terbuka.
Aku pesan ini buat makan malam hari ini, walau sebenarnya aku lebih kepada soba daripada udon. Tuan Manager yang layan aku kali pertama aku datang sini. Kurang senyum. Tak apa, aku faham penat hujung minggu buat shif penuh agaknya. Aku minum Ocha PANAS yang suam (malas nak komplen kat beliau, faham sendirilah) sementara menanti Kaiten memusingkan sushi kegemaran. Dah capai sushi bertakhta Ikan Salamon, aku tunggu bekas Wasabe. Dah angkat, KOSONG. Menarik. Aku serah pada budak dalam Kaiten. Nak isi semula punya lama. Rupanya dia tunggu Kaiten pusing lagi buat kali yang ke 17 untuk bekas Wasabe yang lain. Dah makan habis, sambil aku hirup Ocha SUAM, aku dah sediakala menala "countdown clock" dalam telefon gengam aku. Cukup 18 minit, sukanya aku suka suki aku dah sampai. Eh, Sukiyaki. Daging dia ok. Rasa dia ok. Tapi ada pulak kulit telur! dalam Sukiyaki?? Lapar punya pasal, hal kecik je, malas nak komplen lagi. Erm,biasalah,kurang masin. Aku ambil Kicap Soya, tambah Wasabe. Aku tuang dalam sup panas dalam tu.

Dah nak balik, aku pesan isi semula untuk Ocha SUAM yang dah SEJUK tadi. SIKIT lagi dia tertuang atas peha kiri aku. Aku jerit kecil ala-ala manja. Dia terperanjat. Aku cakap, "sikit lagi awak tuang saya, nasib baik Ocha ni MASIH SUAM macam tadi". KALAU PANAS? Menarik.

Mula-mula sampai, aku ada pesan menu "bermusim" untuk ratapan orang di rumah. Sake Toro Kusi Tare. Perut Ikan Salmon goreng. Manager dah pesan, sila ambil di kaunter selepas makan. Terima Kasih. Aku lupa nama dia. Dah bayar, aku cukup-cukup ada duit RM30 dalam dompet. Okay lah agaknya, cukup ni. Sekali TOTAL RM30.25! Boleh termalu sikit. Aku kurang 10sen. Hahaha..kelakar. Budak tu kata, tak apa, biasanya ada over 20-30sen (aku tau, tapi aku dah cakap, "betul ya tak short?nanti awak susah"). Terima Kasih sekali lagi. Aku juga lupa nama dia.

Habis bayar dan ambil resit, aku cakap "saya banyak nak komen awak ni, first time saya datang sini tau". Sumpah muka budak tu dah berubah. Dia mesti ingat aku ni spy dari Texchem Group di atas. Aku cakap dan senyum sambil mengisi borang "What do you think?" mereka. Aku berlalu dengan rasa PENUH kecewa.

Sampai di rumah, aku terus isi borang "enquiry". Enquiry tu apa? Tapi mana Sushi King AEON AU2 dalam drop down menu? Aku terlepas pandang ke? Betulkan aku kalau salah. Sila periksa DISINI. Ada nampak?

Aku tak ingat apa bebelan aku di sana. Yang pasti bebelan disini lebih padat dan berjela. Lepas aku tekan butang "send", dia keluar ini:
InsyAllah aku kira berapa hari aku dapat maklum balas dari mereka. Aku ni banyak komplen ke? Oh, aku sempat cadangkan "training, training, training" dalam borang mereka. Sekarang, aku nak habiskan Sake Toro Kusi Tare tadi dan makan Cheese Cake dapur KOG.

Selamat Hari Isnin yang produktif!

3 comments:

miza wahit said...

hahah pelek nama pelek. mayones bro mayones die sedab. black pepper udon lg puas ati.

kucingorengemok said...

ini skrip budak² keje situ slps awak balik, "hek eleh brader ni, duit tak cukup nak komplen macam²". hehe. moralnya ialah, takyah makan japanese food.

anuarsalleh said...

miza: yeeeeeeeeeeeeeeeeee...blek paper udon adalah sedap!

KOG: Hahahaha...pastu kan, kita jmpa manager dia kat traffic light..sebelah2 kereta kat red light. Hahaha...apa kan daya..mengidam sorang²

Related Posts with Thumbnails

Twitter Updates

Twitter / anuarsalleh