Showing posts with label malay. Show all posts
Showing posts with label malay. Show all posts

Saturday, June 21, 2008

LIFESTYLE

*I hate forwarded mails. But i received this today in my mailbox, somehow its really amusing...

Oleh kerana harga minyak naik sekaligus akan menaikkan juga harga yang
lain2, berikut adalah cara2 nak saving dengan mengubah cara hidup anda
spt yg dipromotekan oleh kerajaan.
"Ubah cara hidup anda (lifestyle)"

Part A (Kenderaan)

1) Yg Macho naik keta CC besar boleh tukar ke keta cc kecil (kancil
etc)

2) Yg naik kancil tu leh tukar ke naik moto

3) Yg naik moto tu boleh tukar ke naik beskal

4) Yg naik beskal tu boleh tukar ke jalan kaki

5) Yg jalan kaki tu boleh tukar ke tumpang orang (jiran - kawan)

6) Yg asyik tumpang orang tu kalau tak tahan malu boleh beli keta.
Lagi besar CC lagi macho. Sila rujuk nombor 1



Part B (Elektrik)

1) Jgn bayar bil anda.. biar diorang potong.. so tak payah la bayar
lagi lepas tu.

2) Jual je semua barang elektrik anda (TV, radio, dvd player etc).
Tak de peluang dan alasan utk anda nak pakai elektrik.

3) Pakai lilin atau unggun api untuk menerangi malam anda. Ini adalah
bagus untuk mengeratkan hubungan keluarga terutama suami isteri hehehe

4) Kalau perlukan lampu juga anda boleh gunakan lampu beskal anda.
Apa lagi mau lampu kayuh dan onkan dynamo beskal tuh. Kalau anda
bijak mungkin anda boleh suruh hamster anda berlari mengelilingi roda yg
dilengkapi dynamo. Tidak pasti pula kalau hamster anda pandai
mengayuh beskal.

5) Buat aktiviti malam (bukan yg sulit2) anda di tempat awam. Tempat ni
lampu dia terang macam lampu stadium. Sebagai contoh anda nak lipat kain
di waktu malam. Bawak je bundut kain anda ke Dataran Masjid Putrajaya
dan lipat di situ. (Utk orang putrajaya je la)

6) Handphone anda kehabisan bateri? Jgn risau ..recharge je hp atau
barang2 elektrik anda kat opis atau di tempat2 awam yg ada soket
elektrik (hospital, balai raya, Pejabat YB) haha keraja*n akan tolong
bayarkan bil elektrik untuk anda (Utk Anual nie). Hehe bijak bukan?

7) Nak tengok TV? tgk je kat rumah jiran atau restoran/warung yg
berdekatan. Tapi order la air suam atau teh O utk cover macho anda.



Part C (Makanan)

1) Tanam tanaman yg boleh dimakan disekeliling rumah anda. *Nota -
tanam orang mati tidak akan membuahkan hasil maksima.

2) Gunakan dapur kayu api atau dapur minyak tanah untuk memasak. Makan
mentah pon ok gak kalau lalu.

3) Kalau selalu makan beras siam tu cuba try ubi kayu plak. Ni tanam
sekeliling rumah la.

4) Schedule appointment meeting di pejabat anda. Includekan makan2 atau
jamuan. Tak de jamuan jgn pergi..

5) Malam jumaat jgn lupa baca yasin kat msjid/surau. Kalau ada tahlil
atau doa selamat mesti ada paling koman nasik lemak bungkus atau
pisang.

6) Kalau VIP / YB kawasan anda buat open house. Jgn lupa bawak
tupperware atau mangkuk tingkat dan tapau sebanyak mungkin. Secara tidak
langsung akan tersampailah mesej "rakyat berjimat cermat dan ubah cara
hidup" kepada VIP /YB anda.

7) Makan je nasik lemak RM1 setiap hari. Kalau satu hari pagi,tghhari
dgn malam baru RM3. Kalau setahun 365 X 3 baru RM1095 Wuiii save
gileerr...


Friday, May 23, 2008

MAFU


HERE IN MY HOME

Hold on brother hold on
The road is long. We’re on stony ground
But I’m strong. You ain’t heavy

Oh there’s a misspoken truth that lies
Colors don’t bind, oh no.
What do they know? They speak falsely.

Chorus:
Here in my home
I’ll tell you what its all about
There’s just one hope here in my heart
One Love undivided
That’s what it’s all about
Please won’t you fall in one by one by one [with me]?

Push back sister won’t you push back?
Love won’t wait. Just keep pushing on.
Yes I’m strong. You ain’t heavy.

Oh don’t you worry about that…
What we have the shadows can’t deny
Don’t you know it’s now or never?

Rap:

[Malay: TRANSLATED]
Years of fears and years of tribulation
The heart keeps searching for that endless devotion

[Chinese: TRANSLATED]
Hand in hand we’ll march like blood brothers
I speak for my people hope we’ll find peace forever

[Tamil: TRANSLATED]
May the road ahead quench my thirst for success
May the road behind echo a song of the blessed

[English]
So I will let it be known yes I feel it in my bones
No matter where I roam this is home sweet home
Sing!

-Words & Music by Pete Teo featuring rap by KLG Sqwad &
Altimet. copr Redbag Music 2008. All Rights Reserved ­




[I want to change my eye glasses like Afdlin and dreaming living in a place like KL PAC]

Tuesday, April 29, 2008

EYE OF THE BEHOLDER

PERIKSA MATA SEAWAL USIA 3 TAHUN??? [as posted on my flickr]

“Yang selalu dibimbangkan oleh ibu bapa ialah sama ada anak-anak dapat membaca atau tidak, tetapi soal organ (mata) (untuk membaca) kita tidak pernah tekankan, sama ada ia dalam keadaan baik atau tidak. Di Amerika Syarikat dan England misalnya, prasyarat untuk masuk ke pusat jagaan kanak-kanak ialah kanak-kanak itu wajib menjalani pemeriksaan mata selewat-lewatnya pada usia tiga tahun. “Tetapi di Malaysia, walaupun kita ada Sistem Perkhidmatan Kesihatan di Sekolah, tetapi biasanya pemeriksaan mata hanya dilakukan pada usia tujuh tahun, ketika ‘pintu dah nak tutup’ (terlalu lambat berdasarkan perkembangan penglihatan yang hampir matang),” Dr Zainal Mohamad Pakar Mata Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn (Thoneh).
_______________________________________________________

RABUN jauh masalah yang sangat biasa di kalangan kanak-kanak sekolah. Selalunya masalah ini dikesan pada awal usia persekolahannya tetapi semakin serius pada usia remaja.Masalah penglihatan itu mudah dibetulkan dengan cermin mata dan selalunya stabil apabila usianya menjelang 20 tahun.

Dekan Fakulti Sains Kesihatan, Kolej Universiti Antarabangsa Teknologi Twintech, Prof Azrin E Ariffin, berkata penjagaan mata perlu dilakukan pada peringkat awal kerana bukan semua masalah mata boleh diselesaikan dengan memakai cermin.

Masalah penglihatan bukan hanya rabun jauh tetapi termasuklah kabur, penglihatan berganda dan penglihatan tidak selesa (seperti imej yang terherot dan penglihatan yang kadang kala berwarna).

Selain itu, ada antara masalah penglihatan sebenarnya simptom kepada penyakit lain seperti kencing manis, darah tinggi, endokrin dan masalah neurologi.

Bagi kanak-kanak secara umumnya, masalah penglihatan adalah rabun jauh. Secara perubatan rabun jauh disebut myopia. Ia menjelaskan mengenai kesukaran melihat objek yang jauh. Mereka yang rabun jauh, bola mata akan lebih panjang berbanding biasa dari hadapan ke belakang.

Ada dua peringkat kanak-kanak yang berhadapan masalah rabun jauh. Kanak-kanak yang sudah bersekolah dan kanak-kanak yang belum bersekolah.

Pada peringkat usia terlalu awal dan belum bersekolah, anak-anak tidak tahu untuk memberitahu mengenai masalah penglihatannya.Apatah lagi ia berlaku terlalu awal, dia sudah biasa dengan penglihatan begitu dan menganggapnya normal. Justeru, ibu bapa harus peka dengan perlakuan anak. Misalnya dia sukar menentukan jarak antaranya dan objek.

Perlu diketahui, rabun jauh lebih kerap terjadi kepada anak-anak yang lahir dari pasangan yang rabun jauh juga.“Masalah rabun jauh diwarisi dari keluarga misalnya, ibu bapa yang rabun jauh. Tetapi bukan semua anak dari pasangan rabun jauh akan mengalami masalah ini,” katanya.

Kata Prof Azrin, pada peringkat usia persekolahan, memang kerap rabun jauh dikesan pada usia begini. Ia disebut ‘school myopia’.

Rabun jauh bukan sekadar masalah yang diwarisi secara genetik tetapi dipengaruhi juga dengan masalah persekitaran seperti menonton televisyen terlalu lama, membaca dalam keadaan gelap dan persekitaran yang sempit.

Seperti kepercayaan orang dahulu kala, mata untuk persekitaran yang luas tetapi kebanyakan kita membaca dalam ruang yang kecil. Justeru ia mengehadkan keupayaan mata melihat.

Bagi golongan dewasa, mereka yang berhadapan dengan rabun jauh adalah yang berusia 40 tahun ke atas.

Bagi mereka yang berusia pada lingkungan 20 ke 30 pula, ada sesetengahnya disebabkan penyakit. Gangguan penglihatan adalah simptom penyakit. Tetapi bukan semua masalah penglihatan pada usia itu dikaitkan dengan penyakit.

Langkah Pencegahan

Justeru rabun jauh selalunya diwarisi, agak sukar untuk mencegahnya secara keseluruhan. Tetapi ada beberapa langkah boleh meminimumkan.

Buat pemeriksaan mata awal (sebelum 7 tahun).

Jika dia tidak selesa untuk melihat televisyen dengan jarak jauh, dia mungkin sudah mengalami rabun jauh dan perlu diperiksa.

Peka pada rungutan misalnya dia tidak nampak apabila guru menulis di papan hitam

Penglihatan berkembar

Mengadu pening jika membaca terlalu lama

Selalunya kanak-kanak dengan masalah rabun jauh akan mengadu sakit kepala, sakit mata dan letih apabila cuba memfokus pada sesuatu objek lebih beberapa kaki jauh daripadanya.

Lazimnya juga, kanak-kanak dengan rabun jauh mengadu sukar melihat objek yang jauh. Dia akan cuba merapati untuk melihatnya secara jelas. Jika kanak-kanak mengadu simptom ini, buat temu janji dengan doktor.

Sebagai tambahan pastikan matanya diperiksa pada usia setahun, tiga tahun dan setiap dua tahun selepas itu terutama jika anda memiliki sejarah keluarga yang rabun jauh.

FAKTA

Rabun jauh masalah genetik yang boleh dikesan menjelang usia persekolahan.

Semakin serius menjelang usia akil baligh

Selalunya menjelang 20 tahun, masalah rabun jauh sudah ditangani. Tetapi jika rabun jauh makin serius, ia dikenali sebagai ‘myopia on set’ lewat.

Oleh Hafizah Iszahanid

Related Posts with Thumbnails

Twitter Updates

Twitter / anuarsalleh