Monday, July 21, 2008
Tuesday, May 20, 2008
Shocking from Ex Prime Minister
Bekas PM sertai semula parti jika Abdullah letak jawatan
ALOR STAR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga ahli Umno seumur hidup, semalam mengumumkan keluar daripada parti itu, berkuat kuasa serta-merta.
Dr Mahathir menegaskan, tindakan itu diambil kerana beliau hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Umno sekarang, terutama Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang didakwanya gagal memperjuangkan nasib bangsa Melayu.
"Saya dengan ini mengumumkan keluar parti hari ini sehingga Presiden Umno yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah meletakkan jawatan.
"Saya juga meminta ahli Umno yang sayangkan parti, mengambil tindakan yang berani ini untuk keluar parti dan kita menyertai semula Umno apabila Datuk Seri Abdullah melepaskan jawatan," katanya di hadapan lebih 1,500 hadirin, kebanyakannya ahli Umno Kedah pada majlis dialog 'Nasib Kedudukan Bangsa Melayu' di sebuah hotel di sini semalam.
Dr Mahathir membuat pengumuman itu sebagai menyahut cabaran seorang hadirin pada majlis berkenaan yang meminta beliau terlebih dulu mengumumkan keluar parti. Sebelum itu, dalam ucapan kira-kira sejam, beliau mencadangkan ahli Umno supaya keluar parti secara sementara bagi memaksa Abdullah meletakkan jawatan dalam parti dan kerajaan.
Sumber:
Berita Harian Online
Oleh Azmi Md Deros
Tuesday, April 29, 2008
EYE OF THE BEHOLDER
“Yang selalu dibimbangkan oleh ibu bapa ialah sama ada anak-anak dapat membaca atau tidak, tetapi soal organ (mata) (untuk membaca) kita tidak pernah tekankan, sama ada ia dalam keadaan baik atau tidak. Di Amerika Syarikat dan
_______________________________________________________
RABUN jauh masalah yang sangat biasa di kalangan kanak-kanak sekolah. Selalunya masalah ini dikesan pada awal usia persekolahannya tetapi semakin serius pada usia remaja.Masalah penglihatan itu mudah dibetulkan dengan cermin mata dan selalunya stabil apabila usianya menjelang 20 tahun.
Dekan Fakulti Sains Kesihatan, Kolej Universiti Antarabangsa Teknologi Twintech, Prof Azrin E Ariffin, berkata penjagaan mata perlu dilakukan pada peringkat awal kerana bukan semua masalah mata boleh diselesaikan dengan memakai cermin.
Masalah penglihatan bukan hanya rabun jauh tetapi termasuklah kabur, penglihatan berganda dan penglihatan tidak selesa (seperti imej yang terherot dan penglihatan yang kadang kala berwarna).
Selain itu, ada antara masalah penglihatan sebenarnya simptom kepada penyakit lain seperti kencing manis, darah tinggi, endokrin dan masalah neurologi.
Bagi kanak-kanak secara umumnya, masalah penglihatan adalah rabun jauh. Secara perubatan rabun jauh disebut myopia. Ia menjelaskan mengenai kesukaran melihat objek yang jauh. Mereka yang rabun jauh, bola mata akan lebih panjang berbanding biasa dari hadapan ke belakang.
Pada peringkat usia terlalu awal dan belum bersekolah, anak-anak tidak tahu untuk memberitahu mengenai masalah penglihatannya.Apatah lagi ia berlaku terlalu awal, dia sudah biasa dengan penglihatan begitu dan menganggapnya normal. Justeru, ibu bapa harus peka dengan perlakuan anak. Misalnya dia sukar menentukan jarak antaranya dan objek.
Perlu diketahui, rabun jauh lebih kerap terjadi kepada anak-anak yang lahir dari pasangan yang rabun jauh juga.“Masalah rabun jauh diwarisi dari keluarga misalnya, ibu bapa yang rabun jauh. Tetapi bukan semua anak dari pasangan rabun jauh akan mengalami masalah ini,” katanya.
Kata Prof Azrin, pada peringkat usia persekolahan, memang kerap rabun jauh dikesan pada usia begini. Ia disebut ‘school myopia’.
Rabun jauh bukan sekadar masalah yang diwarisi secara genetik tetapi dipengaruhi juga dengan masalah persekitaran seperti menonton televisyen terlalu lama, membaca dalam keadaan gelap dan persekitaran yang sempit.
Seperti kepercayaan orang dahulu kala, mata untuk persekitaran yang luas tetapi kebanyakan kita membaca dalam ruang yang kecil. Justeru ia mengehadkan keupayaan mata melihat.
Bagi golongan dewasa, mereka yang berhadapan dengan rabun jauh adalah yang berusia 40 tahun ke atas.
Bagi mereka yang berusia pada lingkungan 20 ke 30 pula, ada sesetengahnya disebabkan penyakit. Gangguan penglihatan adalah simptom penyakit. Tetapi bukan semua masalah penglihatan pada usia itu dikaitkan dengan penyakit.
Langkah Pencegahan
Justeru rabun jauh selalunya diwarisi, agak sukar untuk mencegahnya secara keseluruhan. Tetapi ada beberapa langkah boleh meminimumkan.
Buat pemeriksaan mata awal (sebelum 7 tahun).
Jika dia tidak selesa untuk melihat televisyen dengan jarak jauh, dia mungkin sudah mengalami rabun jauh dan perlu diperiksa.
Peka pada rungutan misalnya dia tidak nampak apabila guru menulis di papan hitam
Penglihatan berkembar
Mengadu pening jika membaca terlalu lama
Selalunya kanak-kanak dengan masalah rabun jauh akan mengadu sakit kepala, sakit mata dan letih apabila
Lazimnya juga, kanak-kanak dengan rabun jauh mengadu sukar melihat objek yang jauh. Dia akan
Sebagai tambahan pastikan matanya diperiksa pada usia setahun, tiga tahun dan setiap dua tahun selepas itu terutama jika anda memiliki sejarah keluarga yang rabun jauh.
FAKTA
Rabun jauh masalah genetik yang boleh dikesan menjelang usia persekolahan.
Semakin serius menjelang usia akil baligh
Selalunya menjelang 20 tahun, masalah rabun jauh sudah ditangani. Tetapi jika rabun jauh makin serius, ia dikenali sebagai ‘myopia on set’ lewat.
Oleh Hafizah Iszahanid
Friday, April 25, 2008
Ibu dan Ayah

Aku putera dan puterimu
Dulu tangis dalam buaian
Bersama iringan lagu dan nyanyian
Bersama pesan dan ingatan...
Ibu dan ayah
Dengar tangisanku
Aku masih kelaparan
susu ibu...
Rindukan peluk ciummu
Kesejukan tanpa dakapanmu
Ibu dan ayah
Biarpun sekali sekala
Ada ombak memukul pantai
Ada taufan menggoncang dada...
Ada kata yang amat bisa
Tersenyummu tetap tenang...
Ibu dan ayah
Dilehermu ada sebutir tanda...
Aku putera puterimu
Masih memerlukan petunjuk.
One of his last poems, 1999
Saturday, April 12, 2008
Hari² Lanun
Me: "Yes, did you received my upload code yesterday?"
(maybe im a soft hearted, since im not calling him afterwards. its way pass office hour)
Dude: "OK, let me check it"
(check it?What have u done yesterday?u said will call me after i send the upload code?)
Me: "Okay"
Dude: "its the files of convocation right?"
Me: "Yes"
Dude: "Did you done the cover already?"
Me: "Yes, and its within the .zip file"
Dude: "Bla..bla..bla..."
Me: "Bla...bla...bla..."
(2min of nothing important)
Dude: "We will proceed your files on Monday, since its came late yesterday"
(thats it. no more nice guy)
Im such a soft hearted guy when it comes to not-letting-others-susah-kerja and of course, money.
Fin.
Even after a grueling Friday, I slep at 3am. Wonders of works made ur eyes wide open and cant noticed any working clock available. I was redesign my website (still have 2datelines on a line) since its not that what im visualized in my desktop and mind. So there were Photoshoping, ImageReadying and Dreamweaver (Im learning slicing!Not that bad) and FileZilla involved. Here some teaser from the contact page. Personal fav!

Afterwards, Im thiking of downloding some stuff on torrent. Its quite a while im not torrent-taining (its entertaining! ;p) Download BitTorrent and straight to PirateBay! claimed that they are the "Traker BitTorrent Terbesar Di Dunia!" .What a shock...its written on Bahasa Melayu! (berbaur jakun) Gotta share this with others due to its amusement.
Bertuahnya saya! Ekekeke...its really funny when it came to straight translating. I dig for "Mari Melanun!" on the "Carian Lanun". Oh, today I shud be in diffrerents venue 10am at Menara Pucuk Rebung for an invitation on Taklimat Khas Usahawan TM, 7pm Sean Kingston performing LIFE! Im more on "kereta aku takde air-cond, tingkap takleh bukak" and "datelines...datelines". Furthermore, this afternoon i shud be at Wetland Putrajaya to do a event shooting conduct by SignLab. Own by couples that i known for a years. How lucky i am? Alhamdulillah...but I really have another things to been done. Esok, job! May there are incoming rizkillah...Hari ni aku rasa boleh senyum banyak kot...aku jumpa blog (alamak, lupa) dan ada pautan satira ini. Dimana kuasa kita sebagai suara majoriti? "Apa kata dunia!?" (Nagabonar) Hehehe...keghairahan bekerja membuatkan kita lupa ada dunia lain...Nikmati!